Lets tauk belakang lagi lagi sekali.
Setelah berakhirnya aktiviti bersuka ria di MP/DP, esok lusanya 4 Mac 2014 tibalah hari yang paling ditunggu-tunggu dalam sejarah eksperimen Biologi. Guess what? Bedah tikus! Hari yang sama jugak kami jumpa lecturer baru untuk lab sebab lecturer lama dah pindah Kelantan. Lecturer Biology kelas aku asyik bertukar ja tau. Mula mula lecturer tutorial, tukar baru. Lepas tu tukar lagi sekali. Sudahnya semester 2 ni kelas aku dah bertukar 3 orang lecturer Biology. Lepas tu, untuk lab lecturer yang dari Semester 1 masuk sekali ja untuk eksperimen yang first lepas tu lecturer baru yang masuk. Then, lecturer ni pulak tukar ke Kelantan. So, yang paling baru ni lecturer Biology untuk lab kelas aku, tersangat lah comel. Lelaki, Encik Mohsyen. Sangat sporting. Tengah tengah sibuk membedah si tikus tu,
"Korang tak nak selfie ke?
Eh, mesti lah nak! Gila tak nak? Tapi segan lah nak selfie dengan tikus depan cikgu kan. Sebab Cikgu Mohsyen ni masih baru lagi, so hari nak bedah tikus tu ada sorang lagi lecturer Biology masuk. Miss Hazel. Mula mula nak bedah tu, mesti lah kena buat demo dulu kan. Takkan lah kami nak main bedah ja. Hati dan perasaan cik tikus pun kena consider. Dia dah korbankan diri dia untuk kami. Sob sob
Lepas tu kami pun pilih la tikus mana yang kami berkenan nak bedah. Banyak sangat tikus. Warna putih. Comel comel. Aku nak bedah pun sayang. Setiap dua orang dapat seekor tikus. Kalau untung dapat tikus betina, and dia tengah bunting, boleh lah tengok baby tikus dalam placenta. Sangat sangat comel. Aku dapat tikus jantan. Jangan harap lah nak boleh jumpa baby dalam perut dia nanti. Sepanjang operation berjalan, aku rasa excited sangat nak membedah ni haa, entah mana hilang nya rasa takut aku. Selamba ja aku pegang organ organ dalaman si tikus. Tak cukup dengan tikus sendiri, tikus kumpulan lain pun aku tolong operate kan. Tengok lah wajah wajah keterujaan kami. Kalau kat rumah ni, sumpah aku tak berani buat macam ni.
Tenanglah kalian di sana.
Terima kasih atas pengorbanan kalian.
Next event is, our block's dinner. Tema, prom night. Aku tak da lah nak berprom sangat malam tu. Best sangat sebab kami yang hias sendiri meja and dewan makan. Hiasan meja setiap wing berbeza ikut kreativiti wing masing masing. Ada yang korbankan tudung bawal masing masing, ada yang tampal kertas ja jadikan tudung meja, wing aku pulak pakai langsir toilet yang plastik tu buat alas meja. Sekali pandang memang orang takkan perasan. Cantik pulak corak nya, polka dot bagai. Penat memang lah sebab nak buat kerja ni bukan sehari dua. Kerja kecik kecik pun penat tau macam buat frame wing, hiasan gelas, semua tu pun dah penat. Dah sampai dewan nak susun meja, susun kerusi, lagi lah penat. Bertambah penat sebab nya nak alas meja. Tak cukup pulak langsir toilet tu, so kena lah beli langsir lain dekat kedai and tutup mana mana yang terdedah. Lepas tu entah mana datangnya 4 biji tanglung hiasan. Kalau tak gantung sayang pulak. Bila lagi nak pakai. Maka aku mencadangkan agar tiang apa entah yang ada dalam dewan tu, amik tiang tu letak dekat kedua dua hujung meja makan. Benang aku sponsor nak ikat tanglung tu dari hujung sini ke hujung sana. Sekali tarik, rupa nya benang aku tak cukup panjang. Guess lagi. Alternatif kami kali ni, kain langsir yang berlebihan tu tak baik kalau membazir. Maka yang lebih tu potong sehalus yang mampu then aku jahit tangan, sambungkan jadi panjang. Kain ni aku expect lebih stabil lah dari benang. Kalau pakai benang, silap tarik nanti tanglung masuk dalam pinggan. Sebelum tu, kami satu wing ni kumpul lah duit nak beli barang barang untuk hiasan meja nanti. Lebihan duit tu, untuk kepentingan bersama maka aku dengan umi amik and kami buat kan kek batik untuk makan ramai ramai. Malam tu, best sebab sambil makan sambil nonton persembahan. Paling meletop persembahan budak aras 1 menari lagu Bunny Style, T-ara. Cubalah bukak Youtube, macam mana tarian dia, macam tu lah sebijik budak aras 1 menari balik. Mau nya tak semua orang menjerit malam tu. Aku pun tak terkecuali. Lepas tu, best jugak sebab ada lagu Hindustan and tak boleh miss tengok sketsa tiru gaya Puan Penyelia. Cara pengumuman and cara nak marah orang tu sangat sebijik.
![]() |
| Ini masa tengah rehearsal dinner. Nampak tiang and tanglung tu? Meja wing kami ja yang ada benda peliks ni. |
![]() |
| Kek batik yang kami buat hasil usaha sama aku, umi, dayah and zaidah. Ada dua dulang sebenarnya. |
![]() |
| This is our photo booth. Cantik kan? |
![]() |
| Keadaan ketika dinner. Sangat sangat meriah. Aku pun join terjerit jerit. |
![]() |
| After dinner. Dah nak balik, bergambar depan dewan. Aku rasa dah nak dekat 1 pagi time ni. |
Seterusnya, 7 April 2014. Agak penting untuk aku share sebab birthday an! Hari tu hari Isnin, setiap Isnin memang ada Iftar Jamaie dekat surau kolej. Plus that hari tu, Kafe C belanja iftar. So sapa sapa nak join cepat cepat lah bagi nama baru boleh join. Sebelum ni kalau nak join pun memang kena daftar dulu and bayar duit. So, aku, umi, dayah, zaidah, puasa lah hari tu. Kami berbuka sama sama dekat surau. Cik Mun pun ada, dia berbuka dengan roomate dia. Kami memang lupa betul hari tu birthday an. (teruk kan) Maybe sebab dah masuk bulan 4 kan, plus that kami fikir nak berbuka ja so benda lain dah tak ingat. So dengan rasa bersalahnya aku dengan mun berpakat nak buat surprise dekat an. (better late than never la) Lepas tu kami call lah si rara ni, yang rara ni pun, time time ni ja lah dia rajin nak kemas bilik. Kami suruh dia cepat cepat turun depan bakery. Nanti kami balik dari surau, kita beli kek untuk cik an. Lepas tu, kami jumpa lah dekat bakery tu. Nak memilih kek pun satu hal. Ya lah, bakery kolej kan, bukannya Fairy or Secret Recipi. Memang tak banyak pilihan. Lama tau memilih sebab aku tengok kek tinggal sikit. Kalau pilih yang ini, tak cukup untuk 4 orang. Kalau pilih yang itu, yang ini nampak lagi sedap dari itu. Lepas tu kami rasa macam dah lama sangat memilih sebab tinggal kami ja dalam bakery. Aku ingat kan nak beli sepotong sorang. Tapi mun cakap cukup lah share sepotong dua orang. Sangat ekonomi. Makanya kami selesai membeli dua potong kek untuk 4 orang makan. Lepas tu kami naik lah blok Cik An. Naik aras 3 Blok A3. Sampai kat bilik dia, ketuk punya ketuk, bila bukak pintu rupanya roomate dia bagitau Cik An takda. Penat aku bersembunyi bagai siap nak menyanyi Happy Birthday to you. Lepas tu nak turun balik lah sebab roomate Cik An cakap dia dekat kafe makan aiskrim dengan roomate sorang lagi. Baru nak turun aras 2, kami nampak dua orang tengah makan aiskrim dekat tangga. Lah, rupanya Cik An! Aku cam tudung yang Cik An pakai. Kami tunggu dia habis makan aiskrim, kami tengok ja dari atas. Sedihnya birthday an, makan aiskrim dekat tangga blok. Lepas tu Cik An naik toilet wing dia sebab nak cuci mulut bagai. Kami pun tak tau macam mana aku, mun dengan rara boleh bersembunyi sampai dia tak sedar kami standby dekat pintu toilet. Bila Cik An keluar ja, Happy Birthdayyy!!! Terkejut cik an, nasib baik tak kena heart attack. Lepas tu kami ajak makan dekat kafe. Malu lah nak makan kek dekat wing dia, kek kami ni apa lah sangat. Tak boleh dibuat kongsi dengan orang lain. Memang cukup cukup makan kami 4 orang ja. Lepas tu an ikut kami turun kafe. Aku rasa aku tak tau ni birthday sapa sebenarnya sebab cik an nak belanja kami pulak makan aiskrim. Kalau 10 orang kawan aku macam Cik An, boleh bukak business aiskrim macam ni. Tapi tak da rezeki agaknya, akak yang jual aiskrim tu tak bukak kedai dia pulak malam tu. Habis macam mana ni? An nak belanja tu, so kami tambah duit sendiri and kami beli ice-blended. Itu yang aku asyik menyedut ice-blended ja dari bersembang.
![]() |
| You should be proud that we chose you out of many cakes there. |
![]() |
| Happy Birthday an! You're the first one to turn 19! Clap clap clap. |
![]() |
| Nak mengipas arang pun aku belajar. |
![]() |
| Tak kisah lah berat mana pun dugaan kami petang tu, wefie tetap wefie. |
![]() |
| That supposed to be 'Till we meet again...farewell' tapi handwriting si Afiq telah disalah erti |
![]() |
| Ini lah kuliah aku. S11. Walaupun seksa menulis atas meja macam tu, aku sayang dewan kuliah ni. |
![]() |
| I have to caption this. Our class is over but our friendship will last forever. |
![]() |
| I miss all the laughs, the tears, the joy, the cooperation, and the times we once had together. |
![]() |
| Kami bercanda dekat tempat yang sama jamuan kelas aku. Situ ja yang aku nampak tenang sikit. |
Ok. Habis sampai situ. Tak lah semua event aku muatkan dalam ni. Mana yang best and sedap dibaca aku story lah. Ada sikit lagi aku nak share story aku balik rumah.
Till then, bai !!
![]() |
| Bai bai ! |




















No comments:
Post a Comment