Ok. Motif aku kembali ke sini adalah untuk share kenduri dekat rumah mun. Eh, mun belum nak kawen lagi. Kalau dia nak kawen, of cos aku bersiap berdandan bagai nak jadi pengapit. Of cos jugak aku akan tergelak berguling guling depan pelamin mun kalau lah mun kawen seawal ini. Muahaha (gelak jahat)
Bertenang, nehh. Ekceli kenduri kesyukuran. Isnin minggu lepas ada bacaan Yassin dekat rumah Cik Mun sebabnya abang Cik Mun nak ke Sarawak, jadi abang polis.
| Ehh tiba tiba pulak. Ada tak abang polis macam ni dekat Malaysia? Actually ni security guard ja. But he is too cool to be a security guard. |
Sudah nehh. Kalau nak mengarut ni kan, serah dekat aku. Ok sebelum hari kenduri tu Cik Mun dah jemput aku dengan Cik An. Cik Rara dah balik Melaka. Jadi jangan ditanya ke mana perginya Cik Rara setelah selesai membaca nanti. Aku pun tergedik gedik lah nak jumpa Mun. Sepantas kilat aku buat apam polkadot untuk bawak ke rumah Mun nanti. Cik An? Nampaknya banyak halangan untuk Cik An. Dia tak boleh sampai ke rumah Cik Mun sebab banyak halangan lah. Kenduri sebelah petang, dia takut dah tak ada orang nak bawak dia balik ke Changlun. So walaupun bersendirian aku gagahkan diri sampai jugak ke rumah Mun. Mula mula macam macam plan ada dalam kepala ni. Nak drive lah, apa lah, last last abah jugak jadi driver aku.
Tadaa! Aku packing sampai di salah erti oleh seluruh isi keluarga.
Adik adik aku ingatkan aku nak bukak bisnes.
Sampaikan tanya harga untuk sebungkus.
So untuk mengekalkan kesegaran and mengelakkan serangan semut, aku simpan baik baik apam dalam peti sejuk. Nak keluar besok baru lah aku keluarkan. So dah pukul 3 aku pun bersiap lah nak pergi sana. Tengok tengok abah and motor dah hilang. Tunggu punya tunggu, abah pun balik dengan barang barang dapur. Aku pun hairan kenapa abah beli barang dapur hari sekolah. Selalunya nak beli beras roti roti ni hari minggu. Papa ja lah kan, yang penting aku kena sampai rumah mun dulu. So, dalam perjalanan tu aku pun cepat cepat bukak wasap nak baca petua jalan yang Cik Mun and Cik An bagi. Mana ada orang macam aku? Nak pergi rumah orang tapi tak tahu jalan.Mun suruh aku ikut jalan jalanraya sebab kalau ikut jalan kampung nanti aku makin pening. Dah sampai dekat simpang masuk, aku tak sure so bila dah sure, kami dah terlajak. Aku cakap dekat abah, 'haa sini bah, sini sini.' Abah pun kena lah terus drive sampai ke Padang Sera baru lah boleh U-turn. Lepas tu dah masuk dalam simpang tu, aku terlajak lagi. Mun cakap padang bola, tapi aku nampak padang dengan tiang gol. Maybe aku belum yakin lagi tu padang bola yang Mun maksudkan. So bila dah terlajak jauh sangat and dah takda padang bola dekat depan, aku pun suruh abah patah balik. Abah pun teragak-agak nak turunkan aku sebab macam tak tahu mana rumah. Lepas tu, aku cakap aku yakin sini rumah. Masuk dalam lorong tu, jumpa lah rumah Mun. Aku pun berjalan lah tot tet tot tet dengan menjinjing apam polkadot. Seboleh bolehnya aku taknak orang nampak apa aku bawak. Lepas tu kan, aku pun call Mun and dia keluar jemput aku. Aku masuk ikut pintu belakang and duduk bersimpuh dekat pintu dapur. Cepat cepat aku bagi apam dekat Mun. Masa aku masuk tu orang baru habis baca Yassin. Cuma baca doa and selawat. Aku pun duduk tak senang dekat dapur tu sebab abang Mun asyik ulang alik angkut pinggan. Aku tak sure apa aku nak buat. Nak tolong angkat pinggan bawak basuh kat sinki or duduk diam membatu macam takda apa berlaku. Lepas tu abang Mun datang lagi mintak pinggan baru. Aku dalam dilema lagi. Aku memang tak tahu mana letaknya pinggan baru so aku diamkan diri aku macam aku tak wujud kat situ. Lepas habis krisis aku, baru lah Mun keluar bilik setelah siap bersolek. Katanya dia nak tukar tudung ja. Tapi lepas keluar aku tengok Mun macam lepas balik jumpa mak andam.
Ok, lepas dah selesai bacaan doa Mun ajak aku keluar and makan. Segan aku nak makan lagipun aku rasa macam aku sorang ja yang belia dekat situ. Yang lain lain semuanya makcik makcik pakcik pakcik. Guess what? Mun letak aku semeja dengan tokwan dia. Sob sob, nasib baik lah tokwan Mun ok ja. So aku makan ja lah berdua dengan tokwan Mun. (guys, dont be jealous) Lepas satu, satu Mun nak sumbat aku dengan makanan. Kalau aku tak tolak lagi, aku rasa meletup jugak aku hari tu. Tak sempat nak balik update sini. Lepas laksam semangkuk, Mun suruh aku makan bihun goreng pulak. Ok, aku cakap tapi sikit ja. Habis bihun goreng semangkuk, dia bagi pulut ayam pulak. Mun, selagi aku tak meletup memang dia tak nak aku berhenti. Lepas tu, dia nak bagi aku kambing pulak lepas habis makan pulut. Aku malu tau dok menyalin mangkuk ni. Nasib baik lah tak ada orang tengok sangat sebab ramai yang dah balik. Lepas tu masa tengah melantak pulut ayam, ada lah sorang boy ni lalu. Aku expect dia ni 5-6 tahun kot. Tapi sebenarnya baru 3 tahun. Mun saja kan, nak kacau aku. Tengah aku makan, dia bawak Min ni dekat aku. Min pegang tangan aku tiba tiba. (jangan jeles lagi ye sayang sayang sekalian) Nasib baik tak tersembur pulut dalam mulut aku. Aku layan kejap si Min ni, dia pegang tangan aku nak salam rupanya. Mun, hang tau dak tokwan hang pun terkejut tengok Min datang pegang tangan aku tau? hahah,
Lepas tu, anak anak mummy pun sampai. Taufiq Hidayat. Serius mummy cakap, anak anak mummy ni makin hensem. Ikut mummy ye sayang? Aku grab Hidayat and letak atas riba aku sambil suapkan pulut. Taufiq ada dalam jagaan adik Mun. Kalau Hidayat bukak mulut, aku suap pulut. Kalau tak nak pulut, aku suap sirap. Cakap jer nak apa sayang, mummy kasi asalkan tak menangis and tak tinggalkan ribaan mummy. Lepas tu Hidayat nak susu. Aku pun tak tahu nak bagi ke tak sebab tadi dah makan pulut, lepas tu sirap. Sekarang nak susu pulak. Aku pun bagi ja lah. Agaknya dia nak bancuh sirap bandung dalam perut dia kot. Mun pun suruh bagi susu, so aku pun bagi ja lah. Lepas tu, Taufiq and Hidayat ni terlepas and nak lari balik rumah. Mana ada orang dekat rumah dia, mak ayah dia keluar amik ubat. So aku lah sukarela mengasuh si twins ni. Aku dukung si Hidayat and aku try nak dukung sorang lagi, Taufiq. Ya Allah, ampunkan aku kerana perasan aku ni cukup kuat. Bila dah sedar yang aku tak mampu untuk dukung dua dua sekaligus, aku pegang ja lah tangan Taufiq. (jangan jeles sayangs) Aku suruh dia jalan atas simen and masuk balik dalam rumah Mun. Hidayat aku lepaskan bila dah masuk rumah. Lepas tu, aku tolong angkat gelas gelas atas meja aku makan tadi and bila sampai dapur makcik makcik mesti lah wonder anak sapa lah aku ni. Aku tak jawab sebab soalan tu tak ditujukan dekat aku. Mak Mun yang jawabkan pertanyaan makcik makcik tadi. Aku anak angkat. Tu jawapannya. Hahah, entah la bila aku diangkat menjadi anak.
Lepas dah selesai, aku santai santai dekat ruang tamu sambil tengok Taufiq Hidayat berkejaran. Seronok sangat tengok dua beradik ni. Sekali lagi mummy nak cakap, anak anak mummy ni sangat handsome. Ikhlas tau. Susah sangat nak panggil Taufiq Hidayat duduk diam diam sebab hormon adrenaline tengah dihasilkan. Berlari sana sini. Bila aku tangkap sorang, sorang terlepas. Susah sangat nak amik gambar anak anak mummy ni.
Kan mummy cakap anak anak mummy hensem?
BTW, yang berseluar biru Taufiq, yang berseluar belang belang is Hidayat.
Next, sampai lah masa aku nak balik. Abah dah masuk jalan rumah Mun bila aku keluar dari rumah. Lepas berpeluk cium dengan Mun (selalunya kami bercakaran dalam wasap) aku pun balik. Saja lah nak test abah kasi tak aku drive jalan kampung yang sunyi and dikelilingi sawah padi and pokok getah ni. Rupanya abah berhenti kereta and bagi aku drive! Aku nego dengan abah, aku drive sampai simpang Kampung Kolam ja. Simpang sebelum masuk jalan besar. Sampai situ, abah take over balik. Tapi abah yakin kot dengan pemanduan aku and aku drive sampai lah ke depan sekolah kira kira 2 km sebelum sampai rumah. Best gila! Aku control ja tau kegedikan aku boleh drive dalam kereta. Abah cakap takut kalau aku drive sampai rumah. Sana nanti ramai budak budak yang berani daripada kereta. Aku terlanggar anak orang pulak nanti kan. So balik rumah tu, aku nampak ja mama, aku terus cakap aku drive sendiri nak balik tadi. Mama tak percaya la tu. Lepas tu abah menyampuk, 'Alah, sampai depan sekolah ja.' Mama tanya lagi, drive dari mana? ' Abah cakap aku drive dari kampung Mun lah. See mom? I can do it!
Malam tu, baru lah aku tahu abah ada kursus besok. Tidur sana satu malam. Patutlah abah beli barang barang dapur siap siap.
Malam tu, baru lah aku tahu abah ada kursus besok. Tidur sana satu malam. Patutlah abah beli barang barang dapur siap siap.
psst, besok keluar result UPU. Ketaq nihhh. Apa lah aku nak jadi ni?
| U pun curious kan dengan result besok? |







No comments:
Post a Comment