Monday, August 18, 2014

Ke Araustralia ke Aku?

Assalamualaikum,

Ok. Sejak 12 Ogos yang lalu, lama jugak lah masa yang aku amik untuk terima hakikat and ketentuan Ilahi. Kalau tak fikirkan orang orang yang bermulut puaka di sebelah sana, tak ada lah aku makan hati kat sini.

So, 12 Ogos yang lepas aku dengan rasminya dah tahu ketentuan takdir aku. Tempat seterusnya bagi aku. Hari tu aku bangun awal awal buat kek itu, buat kek ini buat apam itu, buat apam ini. Tapi apam polkadot aku buat sebelah petang. Aku bagi laluan untuk aku beremosi tengok keputusan UPU. Tengah aku bancuh adunan kek yang kedua, jam dah pukul 12. Aku biarkan kejap. Mesti tengah jem ni ramai eksaited nak tengok keputusan masing masing. So habis aku kukus kek aku pun bukak laptop, cek result. Ya Allah macam mana nak tercabutnya sistem respiratori aku ni, Allah ja lah yang tau. Tengah aku nunggu result tu, dup dap dup dap sangattt sebab sistem tengah jem lagi. Lama jugak la aku nak tunggu result keluar. Tak macam kebiasaan bila aku bukak Running Man, terus dapat page KShow Online. Haa, kali ni tak laju macam tu. Maunya tak tercabut jantung aku. Punya lah takut nak tengok result. Sampaikan aku tutup mata sendiri. Bismillah banyak banyak kali baru lah aku bukak mata sikit sikit.

Alhamdulillah.
TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
ES15 - SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (FIZIK) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Fizik? Mati aku. Tapi macam mana pun bersyukur la. Aku apply dua course Fizik tau. Tapi dekat U lain satu. Aku letak ni pilihan pertama aku. Ya Allah rasa macam aku tak fikir panjang sangat time tu. Maybe sebab aku dah pening banyak sangat pilihan, sampai 12 pilihan ni.

So, disebabkan UiTM ni banyak sangat branch seluruh Malaysia so aku pun nak tengok la aku kena campak dekat cerok mana dalam Malaysia ni. Mama harap sangat aku tak terlepas ke Kelantan. Entah lah. Aku nak kalau boleh sampai KL, Selangor. Best ni. Aku cari link nak semak tak ada pun. Habis macam mana aku nak tahu aku kena campak dekat mana? Tiba tiba tengah scroll down tu aku ternampak pengumuman. Boleh semak lepas 5 petang. So sementara tu aku relaks dulu lah buat apam polkadot.

Kawan kawan aku kena campak dekat tempat baiik punya. Semua jadi orang KL. UM, UKM, UPM. Hebat doh. Jeles la jugak kan tapi tak apa lah, dah rezeki aku dekat UiTM. Berkat doa mama jugak tau, doa mama betul betul termakbul. Petang tu, aku pun semak la. Sekali keluar keputusan, Kampus Arau, Perlis. Hahahaha, apa nak cakap lagi? Mama dah cakap nak buat kenduri ketupat kalau betul aku dapat dekat Arau. So aku dah dapat ni, besok tu mama bawak balik ketupat 2kg. Haa, sila sila. Seronok betul mama ni. Habis selama ni dekat Melaka, aku homesick, mama pun matriksick agaknya? Kann?

Tak berapa hari ja lagi aku nak pergi sana. PERTHlis. AraUSTRALIA. So, besok ni nak pergi medical check up dekat Kangar, PERTHlis. Together gather gather with Cik Mun and Cik An. PERTHlis, tunggu kami datang.

Monday, August 11, 2014

Meet my Twins

Assalamualaikum,

Ok. Motif aku kembali ke sini adalah untuk share kenduri dekat rumah mun. Eh, mun belum nak kawen lagi. Kalau dia nak kawen, of cos aku bersiap berdandan bagai nak jadi pengapit. Of cos jugak aku akan tergelak berguling guling depan pelamin mun kalau lah mun kawen seawal ini. Muahaha (gelak jahat)

Bertenang, nehh. Ekceli kenduri kesyukuran. Isnin minggu lepas ada bacaan Yassin dekat rumah Cik Mun sebabnya abang Cik Mun nak ke Sarawak, jadi abang polis. 

Ehh tiba tiba pulak.
Ada tak abang polis macam ni dekat Malaysia?
Actually ni security guard ja.
But he is too cool to be a security guard.
 Sudah nehh. Kalau nak mengarut ni kan, serah dekat aku. Ok sebelum hari kenduri tu Cik Mun dah jemput aku dengan Cik An. Cik Rara dah balik Melaka. Jadi jangan ditanya ke mana perginya Cik Rara setelah selesai membaca nanti. Aku pun tergedik gedik lah nak jumpa Mun. Sepantas kilat aku buat apam polkadot untuk bawak ke rumah Mun nanti. Cik An? Nampaknya banyak halangan untuk Cik An. Dia tak boleh sampai ke rumah Cik Mun sebab banyak halangan lah. Kenduri sebelah petang, dia takut dah tak ada orang nak bawak dia balik ke Changlun. So walaupun bersendirian aku gagahkan diri sampai jugak ke rumah Mun. Mula mula macam macam plan ada dalam kepala ni. Nak drive lah, apa lah, last last abah jugak jadi driver aku.
 Tadaa! Aku packing sampai di salah erti oleh seluruh isi keluarga.
Adik adik aku ingatkan aku nak bukak bisnes.
Sampaikan tanya harga untuk sebungkus.

So untuk mengekalkan kesegaran and mengelakkan serangan semut, aku simpan baik baik apam dalam peti sejuk. Nak keluar besok baru lah aku keluarkan. So dah pukul 3 aku pun bersiap lah nak pergi sana. Tengok tengok abah and motor dah hilang. Tunggu punya tunggu, abah pun balik dengan barang barang dapur. Aku pun hairan kenapa abah beli barang dapur hari sekolah. Selalunya nak beli beras roti roti ni hari minggu. Papa ja lah kan, yang penting aku kena sampai rumah mun dulu. So, dalam perjalanan tu aku pun cepat cepat bukak wasap nak baca petua jalan yang Cik Mun and Cik An bagi. Mana ada orang macam aku? Nak pergi rumah orang tapi tak tahu jalan.Mun suruh aku ikut jalan jalanraya sebab kalau ikut jalan kampung nanti aku makin pening. Dah sampai dekat simpang masuk, aku tak sure so bila dah sure, kami dah terlajak. Aku cakap dekat abah, 'haa sini bah, sini sini.' Abah pun kena lah terus drive sampai ke Padang Sera baru lah boleh U-turn. Lepas tu dah masuk dalam simpang tu, aku terlajak lagi. Mun cakap padang bola, tapi aku nampak padang dengan tiang gol. Maybe aku belum yakin lagi tu padang bola yang Mun maksudkan. So bila dah terlajak jauh sangat and dah takda padang bola dekat depan, aku pun suruh abah patah balik. Abah pun teragak-agak nak turunkan aku sebab macam tak tahu mana rumah. Lepas tu, aku cakap aku yakin sini rumah. Masuk dalam lorong tu, jumpa lah rumah Mun. Aku pun berjalan lah tot tet tot tet dengan menjinjing apam polkadot. Seboleh bolehnya aku taknak orang nampak apa aku bawak. Lepas tu kan, aku pun call Mun and dia keluar jemput aku. Aku masuk ikut pintu belakang and duduk bersimpuh dekat pintu dapur. Cepat cepat aku bagi apam dekat Mun. Masa aku masuk tu orang baru habis baca Yassin. Cuma baca doa and selawat. Aku pun duduk tak senang dekat dapur tu sebab abang Mun asyik ulang alik angkut pinggan. Aku tak sure apa aku nak buat. Nak tolong angkat pinggan bawak basuh kat sinki or duduk diam membatu macam takda apa berlaku. Lepas tu abang Mun datang lagi mintak pinggan baru. Aku dalam dilema lagi. Aku memang tak tahu mana letaknya pinggan baru so aku diamkan diri aku macam aku tak wujud kat situ. Lepas habis krisis aku, baru lah Mun keluar bilik setelah siap bersolek. Katanya dia nak tukar tudung ja. Tapi lepas keluar aku tengok Mun macam lepas balik jumpa mak andam. 

Ok, lepas dah selesai bacaan doa Mun ajak aku keluar and makan. Segan aku nak makan lagipun aku rasa macam aku sorang ja yang belia dekat situ. Yang lain lain semuanya makcik makcik pakcik pakcik. Guess what? Mun letak aku semeja dengan tokwan dia. Sob sob, nasib baik lah tokwan Mun ok ja. So aku makan ja lah berdua dengan tokwan Mun. (guys, dont be jealous) Lepas satu, satu Mun nak sumbat aku dengan makanan. Kalau aku tak tolak lagi, aku rasa meletup jugak aku hari tu. Tak sempat nak balik update sini. Lepas laksam semangkuk, Mun suruh aku makan bihun goreng pulak. Ok, aku cakap tapi sikit ja. Habis bihun goreng semangkuk, dia bagi pulut ayam pulak. Mun, selagi aku tak meletup memang dia tak nak aku berhenti. Lepas tu, dia nak bagi aku kambing pulak lepas habis makan pulut. Aku malu tau dok menyalin mangkuk ni. Nasib baik lah tak ada orang tengok sangat sebab ramai yang dah balik. Lepas tu masa tengah melantak pulut ayam, ada lah sorang boy ni lalu. Aku expect dia ni 5-6 tahun kot. Tapi sebenarnya baru 3 tahun. Mun saja kan, nak kacau aku. Tengah aku makan, dia bawak Min ni dekat aku. Min pegang tangan aku tiba tiba. (jangan jeles lagi ye sayang sayang sekalian) Nasib baik tak tersembur pulut dalam mulut aku. Aku layan kejap si Min ni, dia pegang tangan aku nak salam rupanya. Mun, hang tau dak tokwan hang pun terkejut tengok Min datang pegang tangan aku tau? hahah,

Lepas tu, anak anak mummy pun sampai. Taufiq Hidayat. Serius mummy cakap, anak anak mummy ni makin hensem. Ikut mummy ye sayang? Aku grab Hidayat and letak atas riba aku sambil suapkan pulut. Taufiq ada dalam jagaan adik Mun. Kalau Hidayat bukak mulut, aku suap pulut. Kalau tak nak pulut, aku suap sirap. Cakap jer nak apa sayang, mummy kasi asalkan tak menangis and tak tinggalkan ribaan mummy. Lepas tu Hidayat nak susu. Aku pun tak tahu nak bagi ke tak sebab tadi dah makan pulut, lepas tu sirap. Sekarang nak susu pulak. Aku pun bagi ja lah. Agaknya dia nak bancuh sirap bandung dalam perut dia kot. Mun pun suruh bagi susu, so aku pun bagi ja lah. Lepas tu, Taufiq and Hidayat ni terlepas and nak lari balik rumah. Mana ada orang dekat rumah dia, mak ayah dia keluar amik ubat. So aku lah sukarela mengasuh si twins ni. Aku dukung si Hidayat and aku try nak dukung sorang lagi, Taufiq. Ya Allah, ampunkan aku kerana perasan aku ni cukup kuat. Bila dah sedar yang aku tak mampu untuk dukung dua dua sekaligus, aku pegang ja lah tangan Taufiq. (jangan jeles sayangs) Aku suruh dia jalan atas simen and masuk balik dalam rumah Mun. Hidayat aku lepaskan bila dah masuk rumah. Lepas tu, aku tolong angkat gelas gelas atas meja aku makan tadi and bila sampai dapur makcik makcik mesti lah wonder anak sapa lah aku ni. Aku tak jawab sebab soalan tu tak ditujukan dekat aku. Mak Mun yang jawabkan pertanyaan makcik makcik tadi. Aku anak angkat. Tu jawapannya. Hahah, entah la bila aku diangkat menjadi anak.

Lepas dah selesai, aku santai santai dekat ruang tamu sambil tengok Taufiq Hidayat berkejaran. Seronok sangat tengok dua beradik ni. Sekali lagi mummy nak cakap, anak anak mummy ni sangat handsome. Ikhlas tau. Susah sangat nak panggil Taufiq Hidayat duduk diam diam sebab hormon adrenaline tengah dihasilkan. Berlari sana sini. Bila aku tangkap sorang, sorang terlepas. Susah sangat nak amik gambar anak anak mummy ni. 

 Kan mummy cakap anak anak mummy hensem?
BTW, yang berseluar biru Taufiq, yang berseluar belang belang is Hidayat.

Next, sampai lah masa aku nak balik. Abah dah masuk jalan rumah Mun bila aku keluar dari rumah. Lepas berpeluk cium dengan Mun (selalunya kami bercakaran dalam wasap) aku pun balik. Saja lah nak test abah kasi tak aku drive jalan kampung yang sunyi and dikelilingi sawah padi and pokok getah ni. Rupanya abah berhenti kereta and bagi aku drive! Aku nego dengan abah, aku drive sampai simpang Kampung Kolam ja. Simpang sebelum masuk jalan besar. Sampai situ, abah take over balik. Tapi abah yakin kot dengan pemanduan aku and aku drive sampai lah ke depan sekolah kira kira 2 km sebelum sampai rumah. Best gila! Aku control ja tau kegedikan aku boleh drive dalam kereta. Abah cakap takut kalau aku drive sampai rumah. Sana nanti ramai budak budak yang berani daripada kereta. Aku terlanggar anak orang pulak nanti kan. So balik rumah tu, aku nampak ja mama, aku terus cakap aku drive sendiri nak balik tadi. Mama tak percaya la tu. Lepas tu abah menyampuk, 'Alah, sampai depan sekolah ja.' Mama tanya lagi, drive dari mana? ' Abah cakap aku drive dari kampung Mun lah. See mom? I can do it!

Malam tu, baru lah aku tahu abah ada kursus besok. Tidur sana satu malam. Patutlah abah beli barang barang dapur siap siap.

psst, besok keluar result UPU. Ketaq nihhh. Apa lah aku nak jadi ni?

U pun curious kan dengan result besok?

Wednesday, August 6, 2014

I'm Coming Home

I''m coming home, I'm coming home,
Tell the world I'm coming home,
Let the rain wash away,
All the pain of yesterday.

Woohoo!

Finally I'm done with Matriculation Programme. Ya Allah aku syukur sangat dapat habiskan belajar and tak terkandas or terkena tendang OUT macam sesetengah orang. Aku boleh habiskan pun rasanya dah cukup bersyukur. So, to those who looked down upon me, I'd like to expect higher for your child's performance. As what I can see for the time being now, he/she is not that great. Stop expecting me to be perfect all the times. Just stop it.

Ok. Cukup.

Breath in, breath out. Fuhh!

Ok, hari terakhir kat matrik. Kejap, dua hari terakhir dekat matrik lah. 

Dua hari terakhir dekat matrik. Sapa sapa yang modul 3 boleh balik dulu sebab nya takda Paper Fizik untuk hari terakhir exam tu. Kiranya kali ni budak Modul 3 lah yang untung pulak boleh balik awal. Selalunya Modul 1 ja yang dapat keberuntungan sebegini sebab Paper Sains Komputer last sekali. Disebabkan roomate aku Umi ni Modul 3 so dia boleh lah balik dulu. Aku rasa macam ok lah, sehari ja kan lewat. Aku tetap boleh balik. Tapi pemandangan budak modul 3 balik rumah buat selama-lamanya tu macam memedihkan mata tau. Aku tak sedih budak modul 3 ni balik tapi aku sedih bila memikirkan aku masih ada satu lagi paper nak kena jawab besok. So, petang tu habis paper Biology, aku balik bilik lah tengok umi bersiap berkemas bergembira bertolak balik. Hanis, sabar. Satu paper ja lagi, sabar please. Sabar. Lepas Umi dengan family dia balik, aku, dayah, zaidah and zaty terus naik kafe A nak makan petang. Hilangkan stress sebab tengok bebudak modul 3 balik awal dengan makan dulu. Agaknya berkesan kot sebab bila dah makan beramai-ramai ni tak la teringat dekat orang yang dah habis exam.
So thats what happened.
Mula mula rasa biasa ja tapi bila dah tengok kosong
macam kat bawah tu baru aku terasa roomate aku dah balik.
 Malam tu terasa sunyi ja dekat wing. Al-Mulk tetap baca macam biasa. Cuma ahli dah berkurang. Sebak jugak lah bila baca Al-Mulk malam tu bila tahu yang tu kali terakhir kami nak baca sama-sama. Lepas habis bacaan tu, kami bersalam and cium pipi masing masing sambil minta maaf. Then, aku balik bilik sambung study untuk Fizik besok. Eh, silap. Aku peruntukkan waktu untuk kemas barang lebih lama dari baca buku.
Memang nak pindah rumah pung!
Esoknya, aku macam biasa, masuk dewan dengan Cik An. Hari last ni kan mula la aku nak buat hal. Hari sebelum ni boleh ja aku tak bawak penutup kalkulator, hari last tu pulak aku terbawak penutup kalkulator. So aku tinggalkan ja lah benda alah tu dekat luar dewan. Benda tu benda terlarang tau. Mana boleh bawak masuk dewan. Ok forward ke waktu tengah hari. Time ni rehat sementara nak masuk Paper 1. Aku dekat bilik. Budak budak akaun dah boleh balik waktu tengah hari ni. Aku tak expect la parent nak naik ke bilik student sebab kami pun baru ja balik bilik lepas habis exam. Memang sangat awal tau. So aku pun nak ke toilet. Macam biasa lah takkan aku ke toilet pakai tudung kan, and aku pun berBAJU kurung ja lah. So, aku pun tanpa rasa ragu ragu sarungkan selipar buruk aku and melangkah keluar dari bilik aku yang di hujung wing nak ke toilet yang di tengah tengah wing (satu wing berkongsi toilet) So, dalam perjalanan nak ke toilet tu mesti la melalui bilik bilik member wing aku yang lain. Yang buat aku malu sangat sangatttt, aku tengah lalu depan bilik Nisa ni sambil tengok tengok Nisa tengah berkemas ke apa ke, sebab pintu terbukak luas ala ala open house gitu. Time aku tengok tengok tu lah aku ternampak mak ayah si Nisa ni.

Ya Allah, tebalkan muka aku. Nasib baiklah aku tak serbu masuk bilik Nisa lagi. Aku pun masuk toilet cepat cepat and fikir macam mana aku nak keluar nanti ni. Lepas terhendap hendap punya la lama dekat pintu toilet tu, (toilet sebelah bilik Nisa ja) aku pun ambik keputusan nak singgah bilik member wing yang sebelah toilet sebelah kanan. Toilet kat tengah, sebelah kiri bilik Nisa, sebelah kanan bilik Mina. So aku masuk bilik Mina nak tumpang kejap. Kebetulan ada roomate Nisa dalam tu. Aku tanya lah mak ayah Nisa dah balik belum. Dia cakap belum kot. Aku mintak tolong dia lah sebab aku nak balik bilik aku. So dia pun pinjamkan tudung dia and kain batik dia nak tutup kaki aku. Yalah, dah aku pakai baju kurung ja. Dengan adanya bantuan tu,aku dapat kembali ke bilik aku dengan selamat. Cuma bila lalu depan bilik Nisa, aku go-straight. Memang aku langsung tak pandang kiri kanan. Lepas tu bila Nisa dah nak balik, dia berhenti depan bilik aku nak cakap babai. Aku pun nasib baik bertudung litup time tu. Mak dia tengok aku pun semacam ja. Agaknya mak dia cam kot aku lah budak yang tak senonoh tadi tu?

Then, petang tu dah habis segala paper and tunggu mama abah sampai memang rasa macam heaven sangat! Aku dah berapa kali dah mengemas sampai tak tau nak kemas macam mana lagi. Mama abah rasanya macam lambat lagi nak sampai. Lepas melepak dengan Dayah, Zaidah, Zaty dekat wing diorang, aku tengok Zaidah balik then aku balik bilik aku kejap. Call mama tanya mama dah sampai mana. Mama cakap boleh tak kalau mama balik homestay dulu letak barang nanti datang balik amik aku. Aku cakap tak boleh. Amik aku dulu. Aku cakap barang aku sikit ja. Boleh sumbat lagi dalam kereta. Aku cakap dekat mama, orang lain dah nak habis balik. Kalau tengok dekat wing aku memang dah nak lengang. So, mama pun masuk jugak. Dari tingkap bilik aku, aku dah nampak mama dengan abah masuk. Aku pun cepat cepat lari keluar bilik and turun. Mama cakap
'Kakak nii, ramai lagi orang ni, tadi cakap tak dak orang dah,'
Aku terus tak cakap apa apa, aku peluk mama and nangis macam nak naik bas balik Melaka.

Lepas tu semua orang termasuk sepupu aku naik turun bilik and turunkan barang. Barang aku sumbat ja and muat pun. Lepas tu kami terus singgah Masjid Tanah nak cari farmasi sebab anak sepupu aku macam tak sihat. Tapi farmasi tak boleh bagi ubat untuk baby bawah umur berapa tahun entah. So dia carilah klinik yang ada dekat situ. Nasib baik ada. Lepas tu kami terus cari homestay. Nak cari benda ni pun satu hal. Yang aku tahu, dia selepas roundabout ke Pengkalan Balak tu. Masuk sini salah, masuk sana salah, sudahnya kami masuk semua 3 jalan daripada roundabout tu kecuali jalan yang kami datang. Malam tu, aku letih sangat tapi tidur lewat jugak melayan Running Man and movie movie yang aku peram selama ni. Sempat lagi nengok Pee Mak Phra Kanong buat kali yang entah ke berapa.

Pagi besok, lepas breakfast, kami keluar jalan jalan dekat bandar Melaka. Sesat memang lah sesat nasib baik sampai jugak dekat depan Menara Taming Sari tu. Parking situ and masuk kejap dekat tempat menara tu. Aku nak sangat naik menara tu even dah pernah naik sebelum ni. Tapi mama dengan abah tak nak naik. Mama takut nak naik. Abah dah nak bagi duit suruh aku naik sendiri tapi tak nak lah aku naik sorang sorang.  Dekat depan Menara Taming Sari tu ada satu family ni lalu depan aku. And ada sorang budak perempuan dalam baya aku, dia pandang aku and macam excited. Dia senyum dekat aku. Aku serius terkejut, memang aku tak kenal langsung. Entah la maybe kawan sekuliah or kawan kepada kawan kawan aku. Adik aku pun notice dia senyum dekat aku. Dia tanya aku kenal tak budak tu? Aku cakap tak kenal pun tapi senyum ja lah. Sampai hari ni, aku still tak ingat sapa dia. Masa orang lain sibuk shopping dekat bandar Melaka tu, aku amik tanggungjawab mengasuh Rania. Ya Allah, hiperaktif nya budak ni. Kalau sebulan aku jaga dia, boleh lose weight tau aku ikut dia sana sini. Lepas jalan jalan dekat tempat depan kapal besar tu, kami balik makan then petang tu keluar jalan jalan dekat pantai.

Dan di sini bermulalah episod duka aku. Aku baru ja keluar dari rumah, nak masuk dalam kereta. Dah nak pi pantai kan, takkan aku nak pakai kasut kuliah bertutup tu. Aku pakai la sandle. Tapi sandle aku tapaknya tinggi. Selama aku pakai kasut tu, tak pernah jadi macam ni tau. Elok ja. Alih alih hari tu, masa aku nak jalan masuk kereta, aku nak terjatuh nasib baik mama sempat sambut. Aku sakit + malu sebab bukan family aku ja yang ada. So aku peluk mama and nangis. Mama cari minyak angin and suruh aku sapu dalam kereta. Petang tu tetap sampai ke pantai. Aku masih boleh jalan lagi even terjengket jengket. Aku duduk ja dekat tembok tu and tak bergerak. Nak balik baru aku berjalan. Malam tu, 'rasa' yang tertangguh petang tadi pun sampai. Aku nak solat Maghrib pun tak boleh solat betul betul. Memang sakit sangat. Solat Isya' lepas tu, aku solat sambil duduk. Abah beli yong tau fu tau malam tu. Favourite aku. Tapi sebab kaki ni sakit sangat sangat, aku tak keluar bilik. Malam tu aku tak boleh tidur. Mata aku merah sebab aku menangis sepanjang malam. Aku tak bergerak pun kaki aku sakit. Nak hilangkan boring sebab aku tak boleh tidur, aku capai netbook letak dekat hujung kepala, cucuk earphone and layan Running Man. Boleh la aku gelak gelak sikit walaupun air mata tengah menitik tap tap tap.
Aku duduk ja situ diam diam.
Sandle merah tu lah yang dah mengubah segalanya.
Besok nak balik Kedah, pagi tu mama tak bagi aku mandi. Takut kalau kalau aku terjatuh dalam toilet nanti lagi susah. Aku keluar bilik cuci muka segala bagai, sejak pagi tu aku dah tak boleh nak jejak tanah lagi. Nak berjalan ja, orang kena papah aku. Lang offer nak urut aku tapi setiap kali dia urut mesti aku menjerit sampai menitis air mata. Serius sakit. Aku bukan suka suka nak nangis tau. Dah memang sakit. Sepanjang perjalanan balik Kedah tu, memang aku tak turun kereta langsung. Even turun makan or turun toilet. Sampai rumah tok dekat alor star baru aku turun kereta and singgah toilet. Long papah aku berjalan and sebelum balik Kodiang dia urut kaki aku lagi. Sakit!

Balik Kedah, aku pergi x-ray nak tengok kalau kalau ada apa apa. Nak turun kereta and jalan still kena papah. Mama dah terfikir nak beli kan tongkat untuk aku. Aku cakap tak payah lah, kejap ja ni. Nanti baik la. Aku nak x-ray dekat Arau tu, dulu situ ada x-ray, aku dah terjengket-jengket masuk pintu klinik nasib baik abah bagitau nak x-ray. Akak kaunter tu tersenyum senyum and bagitau takda x-ray dekat situ. Lepas tu kami terus sampai Kangar lagi cari klinik lain yang boleh x-ray. Nasib baik ada klinik ni, aku masuk dulu and terkejut gila tengok ramai orang tunggu turn. Sebab aku nak x-ray, so aku terus masuk bilik x-ray dekat belakang tu. Doktor perempuan yang jaga situ, dia tanya dekat bahagian mana yang aku sakit. Aku pun tunjuk lah. Lepas tu aku naik atas meja duduk atas tu and x-ray kaki aku. Ni kali kedua aku x-ray. So aku tak lah blur sangat even susah nak position kaki aku elok elok. Habis x-ray tu aku kena tunggu sebab nak masuk jumpa doktor. Lama jugak lah, sampai abah keluar bawak i'ah jalan jalan beli air kotak dekat kedai runcit sebelah pun aku tak kena panggil lagi. Abah keluar kali kedua dengan i'a baru aku masuk. Doktor ni macam tahu ja semua tentang aku. Aku belajar mana, aku balik bila, lepas tu dia tengok x-ray aku tadi, dia cakap tak ada apa apa. Kalau patah, aku dah meraung dah ni. Cuma dia cakap jangan urut. Yes! Yang ini aku suka, patutlah kaki aku sakit bila kena urut. Dia cakap lagi, 'Alhamdulillah, tulang kuat ni,' hewhew, mesti la doc. Saya kan duta susu. Soya.
Aku pun tak sangka macam ni tulang kaki aku.
I mean, jari tu tak panjang sangat ka?
Seminggu lebih baru kaki aku elok balik. Raya ni pun aku dah tak pakai heels. Aku trauma. Fobia.

ThrowBack 3

Assalamualaikum.
Lets tauk belakang lagi lagi sekali.

Setelah berakhirnya aktiviti bersuka ria di MP/DP, esok lusanya 4 Mac 2014 tibalah hari yang paling ditunggu-tunggu dalam sejarah eksperimen Biologi. Guess what? Bedah tikus! Hari yang sama jugak kami jumpa lecturer baru untuk lab sebab lecturer lama dah pindah Kelantan. Lecturer Biology kelas aku asyik bertukar ja tau. Mula mula lecturer tutorial, tukar baru. Lepas tu tukar lagi sekali. Sudahnya semester 2 ni kelas aku dah bertukar 3 orang lecturer Biology. Lepas tu, untuk lab lecturer yang dari Semester 1 masuk sekali ja untuk eksperimen yang first lepas tu lecturer baru yang masuk. Then, lecturer ni pulak tukar ke Kelantan. So, yang paling baru ni lecturer Biology untuk lab kelas aku, tersangat lah comel. Lelaki, Encik Mohsyen. Sangat sporting. Tengah tengah sibuk membedah si tikus tu,

"Korang tak nak selfie ke?

Eh, mesti lah nak! Gila tak nak? Tapi segan lah nak selfie dengan tikus depan cikgu kan. Sebab Cikgu Mohsyen ni masih baru lagi, so hari nak bedah tikus tu ada sorang lagi lecturer Biology masuk. Miss Hazel. Mula mula nak bedah tu, mesti lah kena buat demo dulu kan. Takkan lah kami nak main bedah ja. Hati dan perasaan cik tikus pun kena consider. Dia dah korbankan diri dia untuk kami. Sob sob

Lepas tu kami pun pilih la tikus mana yang kami berkenan nak bedah. Banyak sangat tikus. Warna putih. Comel comel. Aku nak bedah pun sayang. Setiap dua orang dapat seekor tikus. Kalau untung dapat tikus betina, and dia tengah bunting, boleh lah tengok baby tikus dalam placenta. Sangat sangat comel. Aku dapat tikus jantan. Jangan harap lah nak boleh jumpa baby dalam perut dia nanti. Sepanjang operation berjalan, aku rasa excited sangat nak membedah ni haa, entah mana hilang nya rasa takut aku. Selamba ja aku pegang organ organ dalaman si tikus. Tak cukup dengan tikus sendiri, tikus kumpulan lain pun aku tolong operate kan. Tengok lah wajah wajah keterujaan kami. Kalau kat rumah ni, sumpah aku tak berani buat macam ni.
 Tenanglah kalian di sana.
Terima kasih atas pengorbanan kalian.

Next event is, our block's dinner. Tema, prom night. Aku tak da lah nak berprom sangat malam tu. Best sangat sebab kami yang hias sendiri meja and dewan makan. Hiasan meja setiap wing berbeza ikut kreativiti wing masing masing. Ada yang korbankan tudung bawal masing masing, ada yang tampal kertas ja jadikan tudung meja, wing aku pulak pakai langsir toilet yang plastik tu buat alas meja. Sekali pandang memang orang takkan perasan. Cantik pulak corak nya, polka dot bagai. Penat memang lah sebab nak buat kerja ni bukan sehari dua. Kerja kecik kecik pun penat tau macam buat frame wing, hiasan gelas, semua tu pun dah penat. Dah sampai dewan nak susun meja, susun kerusi, lagi lah penat. Bertambah penat sebab nya nak alas meja. Tak cukup pulak langsir toilet tu, so kena lah beli langsir lain dekat kedai and tutup mana mana yang terdedah. Lepas tu entah mana datangnya 4 biji tanglung hiasan. Kalau tak gantung sayang pulak. Bila lagi nak pakai. Maka aku mencadangkan agar tiang apa entah yang ada dalam dewan tu, amik tiang tu letak dekat kedua dua hujung meja makan. Benang aku sponsor nak ikat tanglung tu dari hujung sini ke hujung sana. Sekali tarik, rupa nya benang aku tak cukup panjang. Guess lagi. Alternatif kami kali ni, kain langsir yang berlebihan tu tak baik kalau membazir. Maka yang lebih tu potong sehalus yang mampu then aku jahit tangan, sambungkan jadi panjang. Kain ni aku expect lebih stabil lah dari benang. Kalau pakai benang, silap tarik nanti tanglung masuk dalam pinggan. Sebelum tu, kami satu wing ni kumpul lah duit nak beli barang barang untuk hiasan meja nanti. Lebihan duit tu, untuk kepentingan bersama maka aku dengan umi amik and kami buat kan kek batik untuk makan ramai ramai. Malam tu, best sebab sambil makan sambil nonton persembahan. Paling meletop persembahan budak aras 1 menari lagu Bunny Style, T-ara. Cubalah bukak Youtube, macam mana tarian dia, macam tu lah sebijik budak aras 1 menari balik. Mau nya tak semua orang menjerit malam tu. Aku pun tak terkecuali. Lepas tu, best jugak sebab ada lagu Hindustan and tak boleh miss tengok sketsa tiru gaya Puan Penyelia. Cara pengumuman and cara nak marah orang tu sangat sebijik. 
Ini masa tengah rehearsal dinner.
Nampak tiang and tanglung tu?
Meja wing kami ja yang ada benda peliks ni.
Kek batik yang kami buat hasil usaha sama aku, umi, dayah and zaidah.
Ada dua dulang sebenarnya.
Budak wing aku tengah practice persembahan.
Aku tak join sebab aku dah menghambakan diri untuk buat kek batik.
Aku dengan umi bertanggungjawab jaga lighting time persembahan real.
Masa berlatih ni aku nak nangis sebab lagu tu sangat sedih.
This is our photo booth.
Cantik kan?
Keadaan ketika dinner.
Sangat sangat meriah.
Aku pun join terjerit jerit.
After dinner.
Dah nak balik, bergambar depan dewan.
Aku rasa dah nak dekat 1 pagi time ni.
Balik bilik, aku mandi sekali lagi sebab berpeluh peluh sangat. Nasib baik lah esok nya cuti. Boleh lah aku pengsan lama lama.

Seterusnya, 7 April 2014. Agak penting untuk aku share sebab birthday an! Hari tu hari Isnin, setiap Isnin memang ada Iftar Jamaie dekat surau kolej. Plus that hari tu, Kafe C belanja iftar. So sapa sapa nak join cepat cepat lah bagi nama baru boleh join. Sebelum ni kalau nak join pun memang kena daftar dulu and bayar duit. So, aku, umi, dayah, zaidah, puasa lah hari tu. Kami berbuka sama sama dekat surau. Cik Mun pun ada, dia berbuka dengan roomate dia. Kami memang lupa betul hari tu birthday an. (teruk kan) Maybe sebab dah masuk bulan 4 kan, plus that kami fikir nak berbuka ja so benda lain dah tak ingat. So dengan rasa bersalahnya aku dengan mun berpakat nak buat surprise dekat an. (better late than never la) Lepas tu kami call lah si rara ni, yang rara ni pun, time time ni ja lah dia rajin nak kemas bilik. Kami suruh dia cepat cepat turun depan bakery. Nanti kami balik dari surau, kita beli kek untuk cik an. Lepas tu, kami jumpa lah dekat bakery tu. Nak memilih kek pun satu hal. Ya lah, bakery kolej kan, bukannya Fairy or Secret Recipi. Memang tak banyak pilihan. Lama tau memilih sebab aku tengok kek tinggal sikit. Kalau pilih yang ini, tak cukup untuk 4 orang. Kalau pilih yang itu, yang ini nampak lagi sedap dari itu. Lepas tu kami rasa macam dah lama sangat memilih sebab tinggal kami ja dalam bakery. Aku ingat kan nak beli sepotong sorang. Tapi mun cakap cukup lah share sepotong dua orang. Sangat ekonomi. Makanya kami selesai membeli dua potong kek untuk 4 orang makan. Lepas tu kami naik lah blok Cik An. Naik aras 3 Blok A3. Sampai kat bilik dia, ketuk punya ketuk, bila bukak pintu rupanya roomate dia bagitau Cik An takda. Penat aku bersembunyi bagai siap nak menyanyi Happy Birthday to you. Lepas tu nak turun balik lah sebab roomate Cik An cakap dia dekat kafe makan aiskrim dengan roomate sorang lagi. Baru nak turun aras 2, kami nampak dua orang tengah makan aiskrim dekat tangga. Lah, rupanya Cik An! Aku cam tudung yang Cik An pakai. Kami tunggu dia habis makan aiskrim, kami tengok ja dari atas. Sedihnya birthday an, makan aiskrim dekat tangga blok. Lepas tu Cik An naik toilet wing dia sebab nak cuci mulut bagai. Kami pun tak tau macam mana aku, mun dengan rara boleh bersembunyi sampai dia tak sedar kami standby dekat pintu toilet. Bila Cik An keluar ja, Happy Birthdayyy!!! Terkejut cik an, nasib baik tak kena heart attack. Lepas tu kami ajak makan dekat kafe. Malu lah nak makan kek dekat wing dia, kek kami ni apa lah sangat. Tak boleh dibuat kongsi dengan orang lain. Memang cukup cukup makan kami 4 orang ja. Lepas tu an ikut kami turun kafe. Aku rasa aku tak tau ni birthday sapa sebenarnya sebab cik an nak belanja kami pulak makan aiskrim. Kalau 10 orang kawan aku macam Cik An, boleh bukak business aiskrim macam ni. Tapi tak da rezeki agaknya, akak yang jual aiskrim tu tak bukak kedai dia pulak malam tu. Habis macam mana ni? An nak belanja tu, so kami tambah duit sendiri and kami beli ice-blended. Itu yang aku asyik menyedut ice-blended ja dari bersembang.
You should be proud that we chose you
out of many cakes there.
Happy Birthday an!
You're the first one to turn 19!
Clap clap clap.
Next, sebelum kami habiskan pengajian dekat KMM, classmate aku berpakat lah buat jamuan kelas sendiri. Kumpul sendiri duit, order sendiri makanan and masak sendiri. Yes. Sebabnya kami nak bakar ayam dekat padang golf. Petang Jumaat tu, sapa sapa yang terlibat dengan ATOM tu, pergi lah ber ATOM dulu dekat BSA. Lepas selesai ATOM tu baru lah mula sesi jamuan. Lama gila ok nak tunggu makanan sampai. Sepatutnya abang Kafe C dah hantar tapi tunggu punya tunggu tak sampai sampai. Rasa panas pulak aku nengok budak kelas lain membakar ayam depan mata kami, and even ada sosej lagi. Bila dah lama sangat menunggu, hantar lah wakil sorang pergi tanya kafe kenapa tak sampai sampai lagi ni. Guess. Abang kafe cakap dia dah hantar makanan kami. What? Habis kalau dah hantar mana makanan tu? Kami tunggu dari tadi tak ada sebijik kereta pun yang datang hantar makanan dekat kami. Lepas tu ada pekerja kafe datang check sendiri. Dia cakap dia dah hantar, tu dekat kelas depan kami. So kelas lain dah ambil makanan kami. This is just so unbelievable! Semua orang dah bengang. Lepas tu kena lah tunggu kafe buat order baru. Takkan nak mintak balik makanan kami dekat kelas tu? Better buat baru ok?  Tunggu punya tunggu dapat lah makanan tu. Tapi kami kena ambil sendiri dekat kafe then bawak jalan kaki sampai lah dekat padang golf. Geram pulak aku. Boikot baru tau, lepas tu kan rasa macam lambat sangat ayam nak masak. Kami nak prepare arang nak bakar ayam pun dah sangat lama. Then, semua orang give up bakar ayam sebab hari dah nak malam. Kami hantar balik ayam tu dekat kafe and order ja ayam goreng. Makan ja lah apa yang ada, bila makan beramai ramai ni best apa? Walaupun padang golf ni tak lah macam padang golf sangat, jamuan kelas yang bukan di dalam kelas, nasik kami dikebas kelas lain, berebut rebut makan oreo cheese, ayam bakarr kami trade-in dengan ayam goreng, cendawan goreng sharing sharing, kek pisang lepas habis nasik, pencuci mulut buah oren yang terlampau masam and minum air bandung yang bercampur rumput. Semua tu best. Kenangan semua ni. Aku belajar kipas arang. Aku belajar bersabar. Aku belajar berkongsi.
Nak mengipas arang pun aku belajar.
Tak kisah lah berat mana pun dugaan kami petang tu,
wefie tetap wefie.
That supposed to be
'Till we meet again...farewell'
tapi handwriting si Afiq telah disalah erti
Ini lah kuliah aku.
S11.
Walaupun seksa menulis atas meja macam tu,
aku sayang dewan kuliah ni.
Ok. Lepas tu, hari terakhir kami sebelum masuk study week. Kami takkan sia siakan hari terakhir tu berlalu tanpa sebarang wefie. Siap lah mana mana lecturer yang ada kelas dengan kami hari tu, memang kami dera bergambar sekali. Actually hari Khamis sehari sebelum hari terakhir kuliah, aku demam. Sob sob. So dengan berat hati aku tinggalkan kelas. Berat tau hati nak tinggal. Aku dah agak, memang sakan classmate aku bergambar. So hari Jumaat tu aku gagahkan jugak masuk kelas sebab hari terakhir. Kalau tak masuk jugak, nanti aku menyesal 7 keturunan tak merasa suasana last kelas dalam last semester. Tak nak lah cakap banyak banyak. Sedih tau, takut nak final exam pun tak sesedih nak meninggalkan kawan kawan dekat sana.
I have to caption this.
Our class is over but our friendship will last forever.
I miss all the laughs, the tears, the joy,
the cooperation, and the times we once had together.

Lepas tu, masuk lah kami dalam zon study week. Week di mana aku lebih banyak luangkan masa di cafe daripada mengadap buku. Dah tak ada kelas, kejap orang ni ajak makan, kejap orang tu ajak makan, mau nya tak makan ja aku. Untung kafe ni kalau hari hari study week. Entah macam mana satu hari ni aku teringat nak belanja tiga orang tu makan. So aku mesej sorang sorang. Aku nak belanja makan ni. Turun kafe A petang ni pukul 5. Aku nak belanja favourite aku, lempeng makcik kafe A. Sedap hingga menjilat jari dan pinggan. Tapi aku dengan cik an ja kot yang makan lempeng. Cik Rara demand nak makan mi kari. Cik Mun, nak nasik rasanya. Lepas makan tu, kami pergi kaunter lepas tu tekak ni terasa nak makan ais krim pulak. Tiba tiba ja nampak Cik An pegang dompet. Target locked. Selamba ja aku, mun and rara cakap an nak belanja. Tercengang cengang cik an. Dia pun redha ja kami habiskan duit dia tapi masa seronok pilih ais dalam peti, kami tengok cik an dah lesap. Lepas tu, malu lah depan pakcik kafe tu. Kami cakap kejap ye pakcik, orang yang nak belanja dah hilang. Dengan murah hati pakcik kafe tu bagi kami aiskrim free. FREE. Ya Allah, memang seronok sangat. Menyesal tak pilih ais mahal mahal tadi. Maybe sebab dia tengok kami pilih ais murah murah ja so dia pun lepaskan. Dah dapat aiskrim baru lah cik an muncul. Classmate dia panggil tadi, tu yang lesap tu. Maka dengan bangga dan riak nya kami tunjuk aiskrim free yang kami dapat. Cemburu membuak-buak la cik an. Boleh pulak tanya kenapa tak amikkan satu untuk dia. Eh, orang dah bagi free pun cukup besar rahmat tau? Maka petang tu kami berjalan jalan sambil makan aiskrim. (kecuali cik an). Kami habiskan waktu terluang dengan round kolej. Agak agak nak senja baru balik bilik. Waktu untuk selfie. Ternyata seluruh warga kolej sedang berada di seluruh pelosok kolej untuk bergambar. Kami pun tak terkecuali. Habis selfie, kami balik semula ka kafe. Aku beli ais ketul. Baru best nak minum sambil study nanti. Sampai asrama, Cik Mun beria mintak aku temankan dia sampai ke blok dia. Sebab dia nampak kawan baik dia bergayut dekat bumbung blok dia. Haii dengan bestfriend sendiri pun takut, Mun? Blok cik mun ni memang popular sebab jadi tempat kera melepak. Siap angkat geng.
Kami bercanda dekat tempat yang sama jamuan kelas aku.
 Situ ja yang aku nampak tenang sikit.

Ok. Habis sampai situ. Tak lah semua event aku muatkan dalam ni. Mana yang best and sedap dibaca aku story lah. Ada sikit lagi aku nak share story aku balik rumah.
Till then, bai !!
Bai bai !

Tuesday, August 5, 2014

ThrowBack 2

Assalamualaikum.

Jom tauk belakang sekali lagi.

Tirai 2014 diari hidup aku dekat kayyemyem dibukak dengan acara sukaneka dekat blok. Blok B1 saja yang felo nya rajin nak bersukaneka. Macam macam acara ada. Futsal, kopi dangdut, musical chair, duduk tanpa kerusi lah, macam macam sampai aku nak sebut pun tak ingat dah. Pagi tu, 4/1/2014 kami kena bangun awal awal macam orientasi dulu dulu. (i gotta say i hate waking up early during weekend) Sebelum hari sukaneka tu, kami berbincang lah dalam wing sapa nak masuk apa, siap berlatih lagi sorakan untuk wing masing masing. Sampai ke tengah malam berlatih. Kalau sikit lagi kami berlatih, rasanya boleh tercabut anak tekak aku. Rumah felo bawah wing aku ja, kalau dia naik atas check asal bising bising memang siap la kami malam tu. Malam tu, setelah beberapa siri perbincangan dijalankan,maka sesi pengagihan acara pun tamat. Entah apa yang merasuk aku, dengan relanya aku rela mewakili wing aku untuk main futsal. In addition, dengan berkain batik. Maybe aku confident dengan kain batik ja kot. Umi lah ajak main futsal. Aku tak kisah sebab bukan mewakili negara pun. Setakat sukaneka ja. Lagipun main kat dataran blok. Sah sah takda lelaki yang memandang. So aku main ja lah. Tendang tak tendang tak kisah. Last last aku kena hantar jaga gol. Then selesai futsal, ada lagi game lain. Tiba tiba ja ada rule baru. AJK blok tak boleh join. Maka aku dengan relanya sekali lagi ganti member wing aku yang jadi AJK blok. 

Game nya, tadaa! Kopi dangdut. Kalau apa yang ada di fikiran u olss ialah minum kopi sambil menari dangdut, sila padam cepat cepat dari kotak ingatan kalian. Salah! Salah sama sekali. Game nya macam ni, minum kopi yang pekat tanpa dicampur gula and cabut satu kertas. Dalam kertas tu ada tajuk lagu. Maka dengan mulut dipenuhi kopi, nyanyi lah lagu yang anda dapat tadi tu, kepada member anda. Tekalah sebanyak mana lagu yang anda mampu dalam masa yang diberikan. Kalau tak nak telan kopi pahit tu, boleh humming ja. Faham humming? Macam na na na ikut rentak lagu. Susah la member nak meneka. Kalau sanggup korbankan lidah dan deria rasa dengan menelan kopi pahit tu, maka anda dibenarkan nyanyi dengan sepenuh hati. Aku dipilih untuk mewakili wing aku sebab aku penggemar kopi barangkali? And aku menjadi harapan untuk menerangkan lagu lagu K-Pop yang mana disangka menjadi kepakaran aku. Tapi aku pun tak ingat ada ke tak lagu K-Pop yang dapat ke tangan aku. Aku cuba telan kopi tu. Tak lah pahit sangat. Macam biasa ja. Cuma sejuk. Kalau minum panas panas ni sambil cicah roti kering ke, memang aku duduk situ ja sambil teka lagu tak kisah la masa dah habis sekalipun. Heaven doh! Then, harus diumumkan kat sini wing aku menang keseluruhan! Perghh memang tak percaya. Balik ja dari sukaneka tu, aku memengsankan diri sendiri di bawah putaran kipas di bilik zaidah. Sebabnya, aku tak bawak kunci bilik. Tidur bilik orang memang best. 
 Ok. Macam ni lah rupa kami. 
Blok B1 ada nya aku, umi, zaidah and dayah. 
Tema nya kain batik. 
Ala ala gadis melayu gitu.

Ok, seterusnya ada sesi bergambar setiap kelas. Kalau u olss bayangkan sesi bergambar macam dalam majalah sekolah tu, maaf, u olls salah! Sangat sistematik sistem penggiliran nak ambil gambar ni. Entah la, macam mana tapi kelas aku dapat turn yang first sekali untuk hari tu. Sebelum tu, kelas S11P1-S11P7 dah amik. So sambungan esok hari dengan kelas aku. Kami sepakat membawa berkat dengan memilih rona baju pink purple and the boys serba hitam. Boleh imagine tak ni? Terasa macam artis pulak segala macam pose kena buat. Lecturer yang amik gambar tu tak kisah pun. Sporting ya amat. Kami sampai tak nak lepaskan dia untuk ambil gambar kelas lain. Kalau boleh tangkap lah setiap aksi kami sampai ke Subuh. Macam ni lah kelas aku, sangat pantang kalau jumpa kamera. Lelaki perempuan, sama ja. Sesi tu mula petang, sambil sambil tunggu lecturer datang, kami lepak dekat Sudut Pidato dulu. Alah, tapak Butik Amigos dulu. Dekat sini pun kami dah boleh berdikari bergambar sendiri sebelum jurugambar sebenar sampai.
Meet Miss Ayda kat sebelah i,
yang belakang dari kiri,
Miss Najiha, Miss Madi, and Miss Tuan.
ya, Tuan Nur Syafiqah.
First, kami bergambar formal dulu. This.
Jangan mengada ngada cari aku dalam gambar ni.
Cukup lah tahu aku wujud kat dalam tu.
Then, mula lah sesi merakam aksi aksi kami.
Tak puas lagi ni.
Kalau boleh tak nak berhenti selagi memori belum habis.
Next, event seterusnya dalam diari hidup sebagai pelajar KMM, aku balik bermalam! Kalau tak salah aku, dan rasanya memang tak salah lagi. Tarikh aku balik bermalam 29/1/2014. Tarikh macam ni memang wajib aku ingat. Penting sangattt u olls!
Sememang nya kami begini.
Gembira tak terkata di saat kaki melangkah keluar dari pagar matrik.

Well, macam biasa kami tak layan lah bas matrik. (jahat gila) Nak naik bas luar. Lebih adventure. Haha, actually ada niat tersembunyi. Naik bas luar time malam. Check out matrik petang, so time yang ada tu apa lagi, hooray lah di sana sini. Target locked. Melaka Central (MC) Segalanya di situ. Terminal. Pasar. Bazaar.
Cewwah!
Jejantas tu pun dah cam kami.
Penghubung MC dengan Tesco serta Aeon.
Makan malam sebelum naik bas semestinya medan selera Tesco. Menu favourite aku, teh o ais laici. Balik rumah pun aku mintak abah belikan laici. Tak puas lagi agaknya teh o ais laici kat sana. Cik Mun, Cik An and Cik Rara, selalu makan nasik ayam. Aku semangat nak diet time tu. Aku tak sentuh makanan ruji ni. Aku order yang pelik pelik sikit. Kueyteow Kantonese lah, Yee Mee Kantonese lah. Akak kaunter medan selera tu pun aku dah cam. Dah tahu dah macam mana nak bersembang dengan dia. Entah lah apa yang sedap sangat makanan dekat situ tapi aku tengok tukang masak dekat dapur bukan orang kita. Bangladesh mari. Maybe tu yang sedap sangat kot. Selalunya kalau pergi Tesco ni tak sah kalau tak membeli. Sebab tu lah aku kena cucuk ATM dulu sebelum balik bermalam. Satu satunya sebab aku berjimat bila dah dekat tarikh nak balik rumah sebab ni lah. Aku boleh shopping puas puas nanti. Yang si Rara, aku pun tak faham. Asal pi Tesco ja, dia angkut jam. Ada sekali tu, dua kali dia beli jam yang sama dekat kedai yang sama. Adik dia nak jugak. Sebagai kakak yang baik, maka dia pun tebal kan muka beli satu lagi jam. Aku pun beli jugak satu. Then aku belikan baju untuk adik aku. Kalau dekat mama aku rajin belikan jubah. Balik raya hari tu aku belikan mama jubah mak datin. Berkelip kelip dekat perut corak rama rama. Tapi aku tak pernah tengok mama pakai pun. Sob sob. Ok, maybe mama pakai time aku dekat Melaka kan. Mana lah aku tahu, mama takkan nak report apa dia pakai kat aku. Lain lah aku ni. Bila dah balik ni, aku bukak balik inbox, mesej dengan mama dulu. Baru aku sedar betapa childish nya aku time aku dekat sana. Segala benda aku nak report dekat mama.

Mama, hari ni kelas cancel.
Mama, kakak outing.
Mama, kakak demam.
Mama, kakak nak top up. (jarang ok)
Mama, kakak pi pasar malam hari ni. (tiap tiap minggu)
Mama, hari ni ada konsert. Kakak tengok konsert. Nasyid.
Mama, kakak tengah dengar ceramah dekat surau. Diana Amir mai sini.
Mama, kakak kena cucuk HPV.
Mama, kakak cucuk HPV dos ke dua.
Mama, kakak dah beli tiket bas.
Mama, kakak dah nak balik.
Mama, kakak dah sampai MC.
Mama, kakak dah naik bas.
Mama, kakak nak sampai. Cepat mai amik kakak.
Mama, sampai dak lagi?
Mama, kakak dah sampai Melaka.
Mama, kakak dah sampai matrik. Nak rehat sat.
Mama, kakak nak balikkkkk. (ni time first puasa. sebak doh puasa di rantauan)

Macam tu lah apa yang aku report dekat mama. Mama pulak layan ja. Kalau cek balik inbox dengan abah, sikit sangat.

Abah, duit dah nak habis.
Abah, no pin CIMB kakak yang ni ka? *******
Abah, tolong bagi result spm sat.
Abah, nanti beli no pin BSN nak isi UPU.
Abah, telefon sat. Nak tanya maklumat ibu bapa. Kakak tengah isi UPU.

Nampak kat situ beza peranan mama and abah?

Then, acara seterusnya. Bulan Mac 2014. Setelah sedar kami di penghujung pengajian, classmate aku tekad buat cadangan untuk outing sekelas ke Mahkota Parade and Dataran Pahlawan dengan bas matrik. Bayar RM 10 boleh pergi balik. Sangat ekonomi. Aku pun join memikirkan bila lagi kan boleh join outing dengan classmate ni. Aku pun ingatkan semua orang join lah. Kalau aku tak join nanti cakap kera sumbang lah apa lah. Then, sampai lah hari tu. Terkejut aku. Budak lelaki sorang pun tak ikut. Apa pemalu sangat kah jejaka kelas aku ni? Ok tu aku boleh faham lagi. Then aku tengok yang perempuan pulak berapa kerat ja termasuk aku. Adalah dalam sembilan orang. Nak panggil outing kelas pun malu. Tapi bila dah sampai MP/DP tu, terus hilang semua rasa. Yang tinggal rasa nak enjoy, rasa nak seronok, rasa nak jalan jalan, rasa nak shopping, rasa nyanyi, rasa nak menari, rasa nak shuffle, hey! everyday i'm shuffling, shuffling.

Dah sampai dekat sana, kami berpisah kepada dua kumpulan. Macam meriah sangat ja nak jalan ramai ramai yang nak dekat berbelas orang tu. Plus that ada geng dari kelas lain, kuliah yang sama. Sebelum mengikut haluan masing masing, kami snap snap dulu reramai depan menara Taming Sari.
Mintak jasa baik u olss untuk abaikan pose aku.
Matahari tengah terpacak atas kepala.
Aku tak terdaya nak pandang kamera.
Ok. Seterusnya, mengikut group aku, kami ke pusat karaoke dulu. First time aku masuk. Jangan risau, semua perempuan. Ternyata karaoke bukan lah macam yang aku tengok dalam tv. Ada minum minum and ada penari dangdut bergelek kat depan. Tak tahu lah kalau ada pulak pakej macam tu. Eh, tu dekat kelab kan. haha, abaikan.Mula mula tu, orang pass mic dekat aku. Aku tak nak. Malu u olls. Mana lah aku reti menyanyi sambil pegang mic ni. Nyanyi dalam toilet pun tak lepas ni nak aku nyanyi pegang mic. Memang tak la. Tapi ya lah kan, semua orang dah lontarkan vokal masing masing. Semua orang request aku pulak menyanyi sebab dari tadi aku diam ja. Cuma lepas masuk ja bilik karaoke tu, aku duduk bersila atas sofa, buat macam rumah sendiri, aku bawak keluar harta karun dalam beg aku. Mineral water dengan roti gardenia squiggles aku ngap sambil tengok kawan kawan aku menyanyi. Kiranya ada hiburan la sambil makan ni. Aku lapar tau, belum sempat sarapan dah kena travel atas bas sejam lebih baru sampai sini. Kesian perut aku. Then, lepas dah kenyang aku pun mula menyelongkar lagu lagu yang ada. Entah la, terasa nak menyanyi lagu Big Bang ja. Lepas tu aku masuk kat list. Dah sampai turn lagu tu, terus aku dapat mic. Mula mula macam malu lagi tapi lepas semua orang layan, aku pun layan! Tak cukup sejam kami kat dalam tu, tambah lagi sejam. Dah puas baru lah keluar jalan jalan dekat MP/DP. Makan pun dekat sana. Aku lah yang paling latest selesai makan. Bukan salah aku makan lambat tapi salah Bangla tu lambat buat order aku. Aku pun tak faham, memang semua tukang masak dekat Melaka ni Bangladesh mari kot? Abaikan, lepas tu mula lah misi Nia mencari baju hijau untuk sukaneka blok dia bertemakan Shrek. Puas cari. Susah betul nak jumpa baju hijau yang Nia berkenan. Kalau dah ada yang berkenan, bila tengok pulak harga boleh tercabut bijik mata. Lepas tu entah macam mana boleh terjumpa Giant dekat underground. Shopping sakan ok. Nak putus jari aku angkut beg berat berat. Dah tu kena naik aras 3 baru lah sampai bilik. Bila kami dah selesai jalan jalan then nak tunggu bas datang amik. Tunggu dekat depan Menara Taming Sari tu. Bas yang ada dah penuh doh! Tunggu pulak lah bas lain sampai. Cepat cepat naik sebab ramai jugak yang outing ramai ramai ni. Syukur sampai jugak sebelum pukul 7. Kalau tak kad kami kena block. Say bye bye to next outing.
Ni haa group aku.
Kami berenam lah ke mana pun hari tu.
Ok. Penat menaip.Cukup dulu. Nanti rajin aku update lagi ye. Kena habis kan jugak ceritera di matriks sebelum masuk story baru.
Petang tadi aku meluangkan masa pi kenduri rumah mun. Bukan, mun belum nak kawen. Calon nya juga belum ada. Yang aku nak highlight ni, aku nak balik abah datang amik dekat rumah mun, and aku saja cakap nak drive kereta. Guess what? Abah bagi! So aku drive time nak balik rumah. Woohoo!

As usual.
Done watching this movie.
Do you really have to die in this movie?

Monday, August 4, 2014

ThrowBack 1

Assalamualaikum.
Ok jom baling belakang. Woohoo!

Ada ketika nya aku and the geng tak rapat macam dulu. Cik Nehh, Cik Mun, Cik An and Cik Rara walaupun blok bersebelahan and kami bertiga (aku, an and mun) satu dewan kuliah, plus that kelas yang berdekatan (an S11P6, mun S11P7, aku S11P8) tapi disebabkan kesibukan dengan urusan masing masing kami tak rapat macam dulu. Nak makan sama sama dekat kafe pun susah sebab jadual masing masing berlainan. Memang terasa bila berjauhan. cewwah! Tambah tambah lagi fitra, dia sorang sorang PDT (dua tahun) dekat sana, jadual dia tak sama dengan kami. Blok aku sebelah blok dia ja. Aku B1, dia B2. Kalau nak jumpa tu, aku teriak dari koridor bilik aku boleh terus dengar sampai ke bilik dia. Macam ni haa,
That's me. 
and that's Rara
So, dengan azam dan tekad yang tinggi menjulang, maka aku nekad untuk mengeratkan semula silaturrahim kami yang kian renggang. Maka, pada hari Sabtu, 7/12/2013 (thanks to my phone's memory) keluar lah kami berempat ke Masjid Tanah. Pekan yang terdekat dengan kolej. Syurga bagi semua warga kolej matrikulasi. Sabtu dan Ahad telah dikenal pasti sebagai hari Family Store.Hari di mana Family Store tidak lagi dipenuhi oleh family family tapi dipenuhi oleh pelajar pelajar Kayyemyem. Ok. Cukup lah aku mengarut. So sebagai ketua rombongan (suka hati) aku pun mengejutkan ahli rombongan aku. Awal awal aku dah turun ke kafe B terchenta nak sarapan sebab nanti nak menjelajah lama lama kan. Perut comes first apa apa pun. Tapi biasa lah datin datin sekalian tu. Nak marah nanti merajuk tapi ah, aku marah jugak! Dah lambat benau nak sampai ke kafe nya. First yang turun Cik An. Sempat lah jugak menjamah nasik goreng, kueyteow goreng, apa apa ja lah yang tinggal and sisa sisa sarapan yang ada dekat kafe. Lepas tu cik mun pulak sampai. Target seterusnya Cik Rara. Aku dah mula berasap macam kepala kereta api. Call punya call, Cik Rara baru bangun rupanya. Selain belajar subjek Sains macam Fizik Kimia Bio Math, BI, Pendidikan Islam waima Kemahiran Dinamika dan belajar bersenam robik dalam Semester 1 dulu, aku jugak belajar untuk banyak banyakkan bersabar dan bertenang kat sini. Bagus matrik ni, moh la masuk beramai ramai ye. Lepas aku tarbiyah Cik Rara maka dia pun segera bersiap setelah di warning oleh aku. Even aku yang paling muda tapi dengan lantang nya aku memberi arahan kepada mereka. Muahahaha (mungkin juga aku berpotensi jadi Queen Control). Maka keluar lah kami berempat ke MT. Walaupun agak lewat tapi outing tu tetap takkan aku lupakan. (Actually aku dah mula lupa)
Mun beriya marah aku nak snap.
Dia belum tahu erti kenangan waktu tu.
Ok. Event seterusnya. English Presentation. Aku rasa agak penting untuk aku bentangkan kerja keras kami di sini. Ya Allah, semua ni kenangan. Walaupun baru kenal 7 bulan, kami mampu buat semua ni bersama. (lap air mata) Actually Sir Hassan kelas aku teramatlah sporting. Dari awal awal masuk Semester 2, kami dah di explain about what to do during this semester. (kejap, aku terganggu dengan bunyi tembakan mercun kat luar rumah) Semester 1 lepas kami jarang lah sangat nak belajar macam sekolah dulu. Semester 1 dulu fokus untuk MUET. Ok tak nak mention banyak kali soal MUET. Mimpi ngeri aku malam ni nanti. So, Bahasa Inggeris untuk Semester 2 ni kami kena buat dua benda. Presentation dengan Report. Ok, macam kelas kelas lain, semua dahulukan presentation. Kalau tak silap, 8 minggu waktu yang sepatutnya diberi untuk kami prepare apa yang nak dipresent. Tapi sir tak nak berlama-lama. Kalau boleh cepat siap,cepat fokus untuk final. Opss, lupa nak sebut. Promotion. Promote lah apa pun dalam presentation tu. Barang, pakej, idea, even nak promote diri sendiri pun boleh. (kalau tak malu lahh) So, sebagai kumpulan yang ala ala girly gitu, kami mempromosikan tadaa! Tudung. Aku tak boleh lupa lagi Sir buat latihan mengejut dalam kelas. Sir bawak ja barang barang personal dia macam pemadam, pen, stapler, penanda buku, so kami cepat cepat pilih mana satu yang berkenan di hati. Sudahnya, group aku dapat stapler. And not to mention lahh, dengan bangga nya Sir menjemput group aku untuk membentangkan produk kami on the spot. Aku tak ingat kami ada berapa minit ja nak karang ayat and dah kena ke depan nak bentang. Even aku malu and tergagap gagap tetiba kena bentang depan kelas, tapi pengalaman menjual stapler tu memang awesome! Aku dengan senang hati memperkenalkan member member aku. Dan dengan senang hati juga aku memberi jawatan kepada setiap member. And sejak hari tu, asal pegang stapler ja, mesti teringat kan stapler company. Stapler yang dipromosi dulu. Kenangan semua tu.

Then, for the real presentation. Aku and members menarik perhatian seluruh warga kolej dengan membuat presentation di Sudut Pidato. Luar kelas. Di tengah tengah Kompleks Sains. Telah kami ubah suai Sudut Pidato yang sunyi sepi dan kosong itu menjadi sebuah gedung tudung bawal, shawl, pashmina, halfmoon, dan segala macam jenis tudung lagi. Kami sanggup mengorbankan hujung minggu kami untuk berlatih dan mencari idea yang vavavoom agar presentation tu nanti menjadi presenation yang the best ever lah, yang orang takkan lupa lah, yang paling meletup lah!

Aww, I have to say this.
I made these two. 
Aku sanggup berjaga nak buat frame YouTube ni haa. 
Tapi jarang pulak aku berjaga nak study. 
Tsk.. Tsk..

Ok,actually aku dah plan baik baik untuk presentation ni. Awal awal lagi dah bagitau sir, nak present hari Jumaat. Nak tarik barakah gitu. hewhew., tak lah, actually jumaat hari yang paling tak packed. Yalah, kelas separuh hari ja kan, last kelas pukul 11. So, dengan adanya plan jahat aku, disebabkan kelas Sir pukul 11 itu, jam yang terakhir, maka boleh lah aku nak drag time sebab presentation aku nanti mesti lama. Tak cukup sejam rasanya. Tapi kan, sob sob. Sir tahu plan aku nak hari present hari Jumaat, tapi entah Sir buat jadual untuk semua group, and group aku dapat hari Khamis. Tsk tsk.. Ok, tak pa lah, kerana terpaksa kami relakan jugak buat presentation hari Khamis. Gila Khamis, hari yang sangat packed. Kuliah 2 jam, then 2 jam dalam lab Kimia, lepas tu jam ke-5 baru lah kelas Sir. Pukul 12 tengah hari matahari terpacak atas kepala. I just cant imagine us standing under the hot sun. But well, thing still goes according to my plan. Sir ada hal satu hari. Kalau tak silap aku, Sir cuti balik dari holiday kat Beijing. So, satu hari dah dianjak sebab ketiadaan Sir. Makanya, i still get to promote on Friday! Yeah!

And on that day, 27/12/2013. ya Allah, syukur sangat. Macam biasa, kalau ikutkan jadual, 2 jam pertama kuliah, lepas tu tutor Math. Then, jam terakhir baru lah kelas BI. Kenapa syukur? Sebab tutor Math cancel tiba tiba maka berpesta lah kami sekelas. Group aku amik kesempatan ni nak set up butik kami. Haiii, i wish everyday is Friday and tutorial Math is always cancelled. Muahaha, Sejam nak set up gedung kami tu belum tentu cukup tau. Tali tu nasib baik dah diikat awal awal sebelum hari presentationn. Banyak benda lagi yang nak dibuat. Tudung nak di gantung, belon nak di tiup, meja nak diangkat, kerusi nak diangkat untuk Sir, yang lain duduk lah kalian di celahan pokok pokok. One more, aku mintak sekotak mercun pop pop dari Dayah. Minggu lepas kami outing kedai RM2. Entah macam mana, Dayah tertarik nak beli mercun. haha, bila teringatkan presentation aku, aku nak tambahkan kemeletupan tu, maka aku mintak mercun and aku leave it to the boys. Nanti, bila sir gunting tali ala ala perasmian butik gitu, campak lah mercun tu sesuka hati korang. Ingat, campak lepas sir gunting tau. Jangan main main sebelum perasmian. Hahaha, Ok presentation kami berjalan baik sangat sangat. Aku mulakan presentation then aku distribute business card cewwah! Then aku bagi pamplet promotion kedai, then ada tutorial cara nak pakai tudung, halfmoon and pashmina by Miss Ayda and Miss Huda selaku stylish and designer butik kami. Hahah, Lepas tu acara aku, acara lucky draw. Hadiahnya tudung. Jangan lupa, pulangkan balik. Sir pun cakap, Make sure to return aa, dan akhirnya berakhirlah majlis tu. Best sangat doh!

Ala ala girly tak?
Our theme is pink and purple.
For the next event, our happy new year. Semestinya tiada tempat lain yang lebih lain dari yang lain melainkan Kafe B terchenta. Dekat kafe B ni aku dah buat macam rumah sendiri. Tak percaya? Tengok dressing aku turun makan malam tu. Baju tidur + cardigan + tudung bawal 1 pin. Aku berani nak dressing mengaum macam ni sebab boys are not allowed to be here after 7. Malam tu, kami nak lepak lepak sebab esoknya cuti tahun baru. Kolej tak sambut pun tahun baru macam sambut hari merdeka. Well, tak lah ada tembakan bunga api segala bagai tu. Nak tunggu sampai betul betul countdown 12 tengah malam? Sorry, kafe pun dah nak tutup. Apa kau ingat ni Nasi Kandar Yasmeen 24 jam bukak? Asrama kami pun ada waktu operasi tau. Kami pun dah kena balik bilik sebelum pukul 11. Nanti mak guard round asrama. Whatever it is, it is still a new year and i think it is still necessary to celebrate it. Even tak percaya dah nak masuk tahun baru, celebrate tetap celebrate. Actually tak boleh terima hakikat yang kami akan bertambah tua. Oh mai god! Just can't believe it. Perangai masing masing riang ria macam kanak kanak ribena lagi tapi dah 19 tahun. Ok, birthday aku hujung tahun so aku masih ada few more months before I turn into 19. Malam tu, aku sendiri tak ingat topik yang dibincangkan. Maybe cakap tentang umur yang semakin meningkat dewasa. Maybe cakap tentang study (tipu ah!) Maybe cakap tentang nak balik rumah. (yang ni topik wajib) Maybe cakap tentang bas yang menjadi pilihan kali ni. (aku suka bab ni) Maybe membilang hari nak balik rumah. (yang ni aku lagi suka) Maybe berkira kira bila nak kawen, bila nak ada anak, cucu and so on. Its girls' talk. Accept it. Hopefully we still can be together. Just the four of us.

Actually tak sah kalau pi kafe B tak makan. Dah jadi rutin aku asal masuk kafe B ja mesti order kueyteow kungfu. An pulak, aku dah tau. Mesti nasi paprik. Mun, segala macam menu kat situ dia nak try satu satu. Fitra, aku tak hafal lagi menu dia sebab kami jarang makan sekali. Sob sob. Tapi malam new year tu kami tak lah makan macam tiada hari esok. Dah malam kan, so tak lah makan berat berat. Order roti tisu yang sama tinggi dengan hidung aku tu, haa berebut lah empat orang. Sebenarnya makan rebut rebut ni lebih sedap rasanya daripada makan sorang sorang. Semacam ada aura. Lepas tu bila dah habis satu roti, nak order yang baru lah. Tak puas makan sikit. Tenaga roti tu dah ditransfer ke tenaga nak bergelak ketawa. Semestinya bukan orang yang sama yang akan pergi beli. Seriang ria kami ni, masih ada rasa malu itu. Masih ada rasa malu untuk order roti yang sama untuk kali yang kedua dan seterusnya. Tapi tiada pulak rasa malu untuk mengulang makan roti yang sama. Nak buat macam mana, Roti Aidil kat kafe B ni sedap bebenau. Aku lupa nak mintak resepi kat pakcik yang tebar roti tu sebelum balik sini. Hai, masih terasa kerangupan roti susu kat sini. haha, girls, next time jom makan sama sama lagi. Kali ni jom cari roti tisu yang setinggi kepala aku pulak.

Ok, aku faham.
Roti tisu ni tak tinggi sampai ke hidung aku pun,
aku ja melebih lebih
.
Ok, sampai sini ja lah. Nanti aku sambung lah Bai.
Jap ye, closing.

Tadaa!
It's 8th Syawal.
Macam best jer blogging sambil tengok Setia Hujung Nyawa Raya ni.
By the way, agak terseksa beraya sambil menunggu result UPU.
Lebih menyeksakan bila orang asyik bertanya pointer aku.
Aku tak kisah pun pointer orang, hawad orang kesah nak tau pointer aku?