Wednesday, August 6, 2014

I'm Coming Home

I''m coming home, I'm coming home,
Tell the world I'm coming home,
Let the rain wash away,
All the pain of yesterday.

Woohoo!

Finally I'm done with Matriculation Programme. Ya Allah aku syukur sangat dapat habiskan belajar and tak terkandas or terkena tendang OUT macam sesetengah orang. Aku boleh habiskan pun rasanya dah cukup bersyukur. So, to those who looked down upon me, I'd like to expect higher for your child's performance. As what I can see for the time being now, he/she is not that great. Stop expecting me to be perfect all the times. Just stop it.

Ok. Cukup.

Breath in, breath out. Fuhh!

Ok, hari terakhir kat matrik. Kejap, dua hari terakhir dekat matrik lah. 

Dua hari terakhir dekat matrik. Sapa sapa yang modul 3 boleh balik dulu sebab nya takda Paper Fizik untuk hari terakhir exam tu. Kiranya kali ni budak Modul 3 lah yang untung pulak boleh balik awal. Selalunya Modul 1 ja yang dapat keberuntungan sebegini sebab Paper Sains Komputer last sekali. Disebabkan roomate aku Umi ni Modul 3 so dia boleh lah balik dulu. Aku rasa macam ok lah, sehari ja kan lewat. Aku tetap boleh balik. Tapi pemandangan budak modul 3 balik rumah buat selama-lamanya tu macam memedihkan mata tau. Aku tak sedih budak modul 3 ni balik tapi aku sedih bila memikirkan aku masih ada satu lagi paper nak kena jawab besok. So, petang tu habis paper Biology, aku balik bilik lah tengok umi bersiap berkemas bergembira bertolak balik. Hanis, sabar. Satu paper ja lagi, sabar please. Sabar. Lepas Umi dengan family dia balik, aku, dayah, zaidah and zaty terus naik kafe A nak makan petang. Hilangkan stress sebab tengok bebudak modul 3 balik awal dengan makan dulu. Agaknya berkesan kot sebab bila dah makan beramai-ramai ni tak la teringat dekat orang yang dah habis exam.
So thats what happened.
Mula mula rasa biasa ja tapi bila dah tengok kosong
macam kat bawah tu baru aku terasa roomate aku dah balik.
 Malam tu terasa sunyi ja dekat wing. Al-Mulk tetap baca macam biasa. Cuma ahli dah berkurang. Sebak jugak lah bila baca Al-Mulk malam tu bila tahu yang tu kali terakhir kami nak baca sama-sama. Lepas habis bacaan tu, kami bersalam and cium pipi masing masing sambil minta maaf. Then, aku balik bilik sambung study untuk Fizik besok. Eh, silap. Aku peruntukkan waktu untuk kemas barang lebih lama dari baca buku.
Memang nak pindah rumah pung!
Esoknya, aku macam biasa, masuk dewan dengan Cik An. Hari last ni kan mula la aku nak buat hal. Hari sebelum ni boleh ja aku tak bawak penutup kalkulator, hari last tu pulak aku terbawak penutup kalkulator. So aku tinggalkan ja lah benda alah tu dekat luar dewan. Benda tu benda terlarang tau. Mana boleh bawak masuk dewan. Ok forward ke waktu tengah hari. Time ni rehat sementara nak masuk Paper 1. Aku dekat bilik. Budak budak akaun dah boleh balik waktu tengah hari ni. Aku tak expect la parent nak naik ke bilik student sebab kami pun baru ja balik bilik lepas habis exam. Memang sangat awal tau. So aku pun nak ke toilet. Macam biasa lah takkan aku ke toilet pakai tudung kan, and aku pun berBAJU kurung ja lah. So, aku pun tanpa rasa ragu ragu sarungkan selipar buruk aku and melangkah keluar dari bilik aku yang di hujung wing nak ke toilet yang di tengah tengah wing (satu wing berkongsi toilet) So, dalam perjalanan nak ke toilet tu mesti la melalui bilik bilik member wing aku yang lain. Yang buat aku malu sangat sangatttt, aku tengah lalu depan bilik Nisa ni sambil tengok tengok Nisa tengah berkemas ke apa ke, sebab pintu terbukak luas ala ala open house gitu. Time aku tengok tengok tu lah aku ternampak mak ayah si Nisa ni.

Ya Allah, tebalkan muka aku. Nasib baiklah aku tak serbu masuk bilik Nisa lagi. Aku pun masuk toilet cepat cepat and fikir macam mana aku nak keluar nanti ni. Lepas terhendap hendap punya la lama dekat pintu toilet tu, (toilet sebelah bilik Nisa ja) aku pun ambik keputusan nak singgah bilik member wing yang sebelah toilet sebelah kanan. Toilet kat tengah, sebelah kiri bilik Nisa, sebelah kanan bilik Mina. So aku masuk bilik Mina nak tumpang kejap. Kebetulan ada roomate Nisa dalam tu. Aku tanya lah mak ayah Nisa dah balik belum. Dia cakap belum kot. Aku mintak tolong dia lah sebab aku nak balik bilik aku. So dia pun pinjamkan tudung dia and kain batik dia nak tutup kaki aku. Yalah, dah aku pakai baju kurung ja. Dengan adanya bantuan tu,aku dapat kembali ke bilik aku dengan selamat. Cuma bila lalu depan bilik Nisa, aku go-straight. Memang aku langsung tak pandang kiri kanan. Lepas tu bila Nisa dah nak balik, dia berhenti depan bilik aku nak cakap babai. Aku pun nasib baik bertudung litup time tu. Mak dia tengok aku pun semacam ja. Agaknya mak dia cam kot aku lah budak yang tak senonoh tadi tu?

Then, petang tu dah habis segala paper and tunggu mama abah sampai memang rasa macam heaven sangat! Aku dah berapa kali dah mengemas sampai tak tau nak kemas macam mana lagi. Mama abah rasanya macam lambat lagi nak sampai. Lepas melepak dengan Dayah, Zaidah, Zaty dekat wing diorang, aku tengok Zaidah balik then aku balik bilik aku kejap. Call mama tanya mama dah sampai mana. Mama cakap boleh tak kalau mama balik homestay dulu letak barang nanti datang balik amik aku. Aku cakap tak boleh. Amik aku dulu. Aku cakap barang aku sikit ja. Boleh sumbat lagi dalam kereta. Aku cakap dekat mama, orang lain dah nak habis balik. Kalau tengok dekat wing aku memang dah nak lengang. So, mama pun masuk jugak. Dari tingkap bilik aku, aku dah nampak mama dengan abah masuk. Aku pun cepat cepat lari keluar bilik and turun. Mama cakap
'Kakak nii, ramai lagi orang ni, tadi cakap tak dak orang dah,'
Aku terus tak cakap apa apa, aku peluk mama and nangis macam nak naik bas balik Melaka.

Lepas tu semua orang termasuk sepupu aku naik turun bilik and turunkan barang. Barang aku sumbat ja and muat pun. Lepas tu kami terus singgah Masjid Tanah nak cari farmasi sebab anak sepupu aku macam tak sihat. Tapi farmasi tak boleh bagi ubat untuk baby bawah umur berapa tahun entah. So dia carilah klinik yang ada dekat situ. Nasib baik ada. Lepas tu kami terus cari homestay. Nak cari benda ni pun satu hal. Yang aku tahu, dia selepas roundabout ke Pengkalan Balak tu. Masuk sini salah, masuk sana salah, sudahnya kami masuk semua 3 jalan daripada roundabout tu kecuali jalan yang kami datang. Malam tu, aku letih sangat tapi tidur lewat jugak melayan Running Man and movie movie yang aku peram selama ni. Sempat lagi nengok Pee Mak Phra Kanong buat kali yang entah ke berapa.

Pagi besok, lepas breakfast, kami keluar jalan jalan dekat bandar Melaka. Sesat memang lah sesat nasib baik sampai jugak dekat depan Menara Taming Sari tu. Parking situ and masuk kejap dekat tempat menara tu. Aku nak sangat naik menara tu even dah pernah naik sebelum ni. Tapi mama dengan abah tak nak naik. Mama takut nak naik. Abah dah nak bagi duit suruh aku naik sendiri tapi tak nak lah aku naik sorang sorang.  Dekat depan Menara Taming Sari tu ada satu family ni lalu depan aku. And ada sorang budak perempuan dalam baya aku, dia pandang aku and macam excited. Dia senyum dekat aku. Aku serius terkejut, memang aku tak kenal langsung. Entah la maybe kawan sekuliah or kawan kepada kawan kawan aku. Adik aku pun notice dia senyum dekat aku. Dia tanya aku kenal tak budak tu? Aku cakap tak kenal pun tapi senyum ja lah. Sampai hari ni, aku still tak ingat sapa dia. Masa orang lain sibuk shopping dekat bandar Melaka tu, aku amik tanggungjawab mengasuh Rania. Ya Allah, hiperaktif nya budak ni. Kalau sebulan aku jaga dia, boleh lose weight tau aku ikut dia sana sini. Lepas jalan jalan dekat tempat depan kapal besar tu, kami balik makan then petang tu keluar jalan jalan dekat pantai.

Dan di sini bermulalah episod duka aku. Aku baru ja keluar dari rumah, nak masuk dalam kereta. Dah nak pi pantai kan, takkan aku nak pakai kasut kuliah bertutup tu. Aku pakai la sandle. Tapi sandle aku tapaknya tinggi. Selama aku pakai kasut tu, tak pernah jadi macam ni tau. Elok ja. Alih alih hari tu, masa aku nak jalan masuk kereta, aku nak terjatuh nasib baik mama sempat sambut. Aku sakit + malu sebab bukan family aku ja yang ada. So aku peluk mama and nangis. Mama cari minyak angin and suruh aku sapu dalam kereta. Petang tu tetap sampai ke pantai. Aku masih boleh jalan lagi even terjengket jengket. Aku duduk ja dekat tembok tu and tak bergerak. Nak balik baru aku berjalan. Malam tu, 'rasa' yang tertangguh petang tadi pun sampai. Aku nak solat Maghrib pun tak boleh solat betul betul. Memang sakit sangat. Solat Isya' lepas tu, aku solat sambil duduk. Abah beli yong tau fu tau malam tu. Favourite aku. Tapi sebab kaki ni sakit sangat sangat, aku tak keluar bilik. Malam tu aku tak boleh tidur. Mata aku merah sebab aku menangis sepanjang malam. Aku tak bergerak pun kaki aku sakit. Nak hilangkan boring sebab aku tak boleh tidur, aku capai netbook letak dekat hujung kepala, cucuk earphone and layan Running Man. Boleh la aku gelak gelak sikit walaupun air mata tengah menitik tap tap tap.
Aku duduk ja situ diam diam.
Sandle merah tu lah yang dah mengubah segalanya.
Besok nak balik Kedah, pagi tu mama tak bagi aku mandi. Takut kalau kalau aku terjatuh dalam toilet nanti lagi susah. Aku keluar bilik cuci muka segala bagai, sejak pagi tu aku dah tak boleh nak jejak tanah lagi. Nak berjalan ja, orang kena papah aku. Lang offer nak urut aku tapi setiap kali dia urut mesti aku menjerit sampai menitis air mata. Serius sakit. Aku bukan suka suka nak nangis tau. Dah memang sakit. Sepanjang perjalanan balik Kedah tu, memang aku tak turun kereta langsung. Even turun makan or turun toilet. Sampai rumah tok dekat alor star baru aku turun kereta and singgah toilet. Long papah aku berjalan and sebelum balik Kodiang dia urut kaki aku lagi. Sakit!

Balik Kedah, aku pergi x-ray nak tengok kalau kalau ada apa apa. Nak turun kereta and jalan still kena papah. Mama dah terfikir nak beli kan tongkat untuk aku. Aku cakap tak payah lah, kejap ja ni. Nanti baik la. Aku nak x-ray dekat Arau tu, dulu situ ada x-ray, aku dah terjengket-jengket masuk pintu klinik nasib baik abah bagitau nak x-ray. Akak kaunter tu tersenyum senyum and bagitau takda x-ray dekat situ. Lepas tu kami terus sampai Kangar lagi cari klinik lain yang boleh x-ray. Nasib baik ada klinik ni, aku masuk dulu and terkejut gila tengok ramai orang tunggu turn. Sebab aku nak x-ray, so aku terus masuk bilik x-ray dekat belakang tu. Doktor perempuan yang jaga situ, dia tanya dekat bahagian mana yang aku sakit. Aku pun tunjuk lah. Lepas tu aku naik atas meja duduk atas tu and x-ray kaki aku. Ni kali kedua aku x-ray. So aku tak lah blur sangat even susah nak position kaki aku elok elok. Habis x-ray tu aku kena tunggu sebab nak masuk jumpa doktor. Lama jugak lah, sampai abah keluar bawak i'ah jalan jalan beli air kotak dekat kedai runcit sebelah pun aku tak kena panggil lagi. Abah keluar kali kedua dengan i'a baru aku masuk. Doktor ni macam tahu ja semua tentang aku. Aku belajar mana, aku balik bila, lepas tu dia tengok x-ray aku tadi, dia cakap tak ada apa apa. Kalau patah, aku dah meraung dah ni. Cuma dia cakap jangan urut. Yes! Yang ini aku suka, patutlah kaki aku sakit bila kena urut. Dia cakap lagi, 'Alhamdulillah, tulang kuat ni,' hewhew, mesti la doc. Saya kan duta susu. Soya.
Aku pun tak sangka macam ni tulang kaki aku.
I mean, jari tu tak panjang sangat ka?
Seminggu lebih baru kaki aku elok balik. Raya ni pun aku dah tak pakai heels. Aku trauma. Fobia.

No comments:

Post a Comment