Monday, August 29, 2016

Semester 4. Done.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Ya Allah.

Cliche sangat lah kalau aku nak ulang ayat berkurun tu. Pejam celik pejam celik aku dah habis part 4. Yeay!
Tapi tak kira, aku nak ulang jugak. Memang rasa kejap sangat pun. Pejam celik pejam celik aku dah 2 tahun dekat Arau, ada lagi balance setahun untuk aku habiskan degree aku. Rasa macam baru semalam ja menangis tengok result UPU. Rasa macam baru ja menangis pack baju nak pi Arau yang sekangkang kera tu. Kohkohkoh

Part 4 tak banyak beza sangat dengan part sebelum ni. Ada jugak kos yang aku aku tak faham apa aku belajar sebenarnya. Cuma bestttnya sem ni ada elektif entrepreneurship ENT 600 and financial management FIN 401. Yeayyyy *clap hands*

Paling best ENT 600 lah.

1. Aku dilantik sebulat suara jadi class rep. (cewahh)
2. Sir Niza selalu mention nama aku. Selalu call tiap kali kelas tau. 
3. I'm more interested in business instead of all sort of those scientific things.
4. Rasa macam berfungsi sangat aku ni.
5. Ada video-pitch produk!

Lepas tu kan, ada apa lagi eh Part 4 ni. Macam biasa, sesi Mac-Julai ni banyak sikit cutinya. Total ada 3 kali break. Seminggu mid sem. Seminggu Gawai. Seminggu Raya. Lepastu boleh bayangkan berapa banyak dah dia drag dekat situ sampai hakak takdak study leave. Lepastu yang sadis sekali aku kena internship sem ni. Makin drag lah sampai takdak space aku nak tarik nafas lepas habis final. Duduk rumah 4-5 hari dah kena masuk intern balik. Sumpah seksa sangat sem ni. Mula mula best ah banyak cuti. Tengah final boleh cuti kejap raya lepas tu lepas raya masuk balik sambung jawab exam. Apakah? Nasib baik hakak tak pakai baju raya pi dewan exam tau. Sambil jawab sambil makan ketupat lemang.

Okay aku skip ke story presentation ENT kami. Aku semangat sikitlah kelas ni sebab teori mostly and aku belajar nak bukak bisnes. Well sejak berjinak jinak (cewah) dalam bisnes ni, dah start jual tudung ni, aku pun semangatlah sikit nak study business. Tapi course ni bisnes teknologi. Kiranya bukan boleh buat projek sesuka hati jual karipap sardin ka bahulu strawberi ka. Tak boleh ok, kena invent or innovate satu produk baru yang berkait dengan teknologi. Buatlah apa apa yang ada kaitan dengan teknologi. Kami student fizik ni sebab dah memang student Sains, sepatutnya ada banyak idea lah. Tapi tu lah, aku taktau nak salahkan jantina ka apa dalam bab ni tapi sumpah kami langsung takdak idea! Bila ada idea, idea kena reject, padanlah kena reject pun. Entah apa benda tah nak buat memang tak logik jugak benda tu. Last last aku mengarut depan sir, buat powerbank lah sir. Yang ada mp3 ada speaker segala bagai. Haa akhirnya sir terima idea aku huhu. Actually kawan kawan sekelas pun sumbang idea jugak sebab kami sememangnya kering kontang dengan idea. So, mostly sepanjang sem sampailah week hujung hujung tu aku tak ingat, kami akan discuss tentang produk ja. Macam macam lah kena prepare, dari blueprint, (dokumen description about a product) lepastu kena buat prototype, kena buat powerbank tu, tapi tak semestinya kena berfungsi and kena jugak buat video ala ala iklan untuk jual produk tu. Haa satu lagi aku lupa. Kena jugak buat banner produk tu! Berpeluh weh buat semua ni!

Okay then bila sampai hari presentation tu, oleh sebab kami ni turn sebelah petang, aku tengok lah bebudak marketing dengan bisnes yang present sebelah pagi tu. Sejujurnya aku rasa ya Allah macam ni ka sepatutnya presentation tu. Meriah sangat ni booth depa. Dengan sign board nama company sebesar alam, tak cukup 2D ada yang buat 3D siap timbul timbul sana sini, dengan origami comel comel bertempek penuh board dekat booth tu. Bila fikir balik, booth kami petang ni just ada banner yang hambar, protoype yang tak seberapa and video pitch yang syok sendiri. Macam mana nak hadap petang ni? Maka timbul satu kesedaran balik kelas tu, kami pun bertungkus lumus guna saki baki masa yang ada, gunting la sebijik sebijik nama company nak tempek sat lagi lepas tu, member aku yang lain tiba tiba berseni lah pulak tangan tu lukis border bunga bunga nak lawan team lain. Haa jangan menyerah lagi tau. Well actually kami bertungkus lumus semua ni ingat presentation ni free ka? Lepas present cabut cabut balik tidoq? No, ada hadiah okeh! Peluang luas sangat sebab ada hadiah untuk setiap fakulti lepas tu hadiah video terbaik, and booth terbaik and terbaik keseluruhan. Hadiah duit beratus uolss maunya kami tak excited nak compete!

Tapi malam perasmian tu unfortunately satu group budak fizik pun tak menang! Budak kimia tapau betul malam tu banyak yang depa menang. Lagi annoying tengok team yang sama naik turun pentas amik hadiah itu, hadiah ini. Ya Allah dengkinyaaaa

Okay selesai ENT 600.

Dah aku nak story puasa kali kedua dekat arau pulak. Macam tahun lepas jugak puasa kali ni dalam final. Final dalam bulan puasa. Okay ja sebenarnya nak final dalam puasa pun. Tapi yang tak okay tu bila kena datang balik sambung exam lepas raya.Masa mula-mula aku tengok academic calendar aku boleh buat lawak lagi benda ni. Kemain cakap kat mama, i'm not coming back for raya. I need to focus on my final. Lepas tu mama selamba jawab, eleh tengok la nanti entah entah dia orang first yang call suruh mai amik. Hah! memang pun. Hewhew

Yang lain sikit puasa dekat arau kali ni isss aku dah ada motor. So hari hari bazar lah. Ya Allah walaupun kecik ja sebenarnya bazaar ramadhan dekat arau tu, tapi tak boring boring jugak. Hari hari sanggup pi sana. Entah apa lah yang menarik aku tapi bila pi sana sama jugak, still taktau apa nak beli. Cuma boleh try lauk lain lain la kalau boleh semua lauk semua jenis makanan dekat sana tu aku nak try. Paling aku tak puas ni takoyaki arau why sooo sedap. Dua kali beli tak puas puas jugak. Aku nak beli sorang sorang segan sebab lama dia nak golek takoyaki tu and yang tukang golek tu pulak lelaki bukan taraf pakcik pakcik tapi abang abang. Roomate hakak pun segan tauuu bukan hakak sorang.

Okay yang lawaknya kan, bila dah final dalam bulan puasa ni. Mesti lah ada stress tu bila habis jawab paper. Sebab aku dah ada motor ni kan, lepas habis jawab paper tu kan, boleh pulak lajak pi CMart Arau haa kau. Boleh kata setiap kali habis paper lah aku takkan terus balik bilik, mesti singgah CMart shopping dulu. Beli baju raya bagai. Kalau dah ada 7 paper, boleh bayang tak berapa pasang baju raya aku? Tapi nasib baik lah ada 4 paper ja sebelum raya. Eja pun masuk air jugak macam aku. Kadang aku tak beria, dia pulak yang ajak pi CMart. Release tension dia cakap. Aku pun, kalau balik bilik nak buat apa awal awal kan, kita cuci mata dulu. Bulan puasa banyak barang baru sampai tau.

And sampailah saat nak raya lepas tu raya, lepas tu balik sambung exam. Aku balik sendiri ja lepas raya. Bawak kuih raya satu bekas. Rempit balik Arau, tapi aku balik awal dua hari sebelum next paper. Acah acah sehari extra nak study lah. Aku balik awal pun nak tengok macam mana rupa dia nanti bila kena present untuk fyp so aku balik arau tengok senior atas aku present fyp masing masing. Emm rupa dia sama ja macam kita presentation dalam kelas cuma yang beza dia kita sorang ja berdiri kat depan tu and depan kita ada 4-5 orang lecturer tinggi tinggi pangkat dia yang akan soal kita or mungkin bash kita balik kalau apa yang kita present tu tak ada point pun.

Nanti lah aku update kisah internship aku pulak. Yang ni sumpah best. Ok bai
Assalamualaikum,