Sunday, September 29, 2013

putar waktu,please..


Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah nak habis pun semester satu aku dekat KMM.. Sedar tak sedar,dah 4 bulan aku tinggal rumah and baru ja balik bermalam 2 kali.. Homesick jangan cakap lah,aku tak berani nak call rumah sebab aku confirm, yakin dan pasti mesti air mata aku jatuh sambil bercakap nanti. Tengah menaip ni pun,dah bergenang dah air mata aku, teringatkan rumah.. Ok. Stop.

Aku tak suka new life ni. Hidup aku busy gila gila. Aku rasa aku pun boleh jadi gila. Dah hujung hujung semester ni banyak pulak aktiviti weekend. Boleh kata tiap tiap minggu aku tak da cuti. Hari sabtu nak ganti cuti,hari ahad ada pun macam tak da ja.

I really miss my old life,but it doesn't mean that aku nak repeat balik spm. Never.

Aku nak balik 5 bulan yang penuh lapang dalam hidup aku yang dulu.

-Bangun pagi buatkan breakfast untuk madam kecik kat rumah tu.
-Lepas tu tengok tv sekali. Kalau boring jugak, aku bukak laptop,menghadap lah kami dua beradik tengok running man sampai boring sekali lagi.
-Dah tengah hari sikit aku mula kemas mengemas rumah. Mama balik nanti tak la mama marah kalau mama tengok before and after sama ja.
-Lepas tu aku masak untuk tengah hari. Masak nasik ja pun. Lauk pauk mama and abah boleh tapau kat sekolah.
-Petang petang, tengok tv lagi.. Rindu gila nak tengok setia hujung nyawa berjemaah depan tv. time ni semua orang menghadap tv tak kira kecik besar tua muda. Abah pun join. Aku rindu jugak nak tengok dangerous love. Ding Dong Dantes n Marian Rivera ok, memang aku takkan miss la tiap tiap hari. Lepas aku masuk matrik entah macam manalah ending ceta ni.. and ada lagi, pagi pagi,aku wajib tengok My Girl, drama filipina lagi. Best and funny. Tapi selalunya aku terlepas sabab pagi pagi mesti terbabas.
-Kalau tv tak best,cari laptop pulak. Time ni lah time aku nak berebut laptop dengan adik adik.
-Malam, aku duduk diam diam dalam bilik, pakai netbook online Facebook, chat dengan geng. Tiap tiap malam ada ja story kami. Idea dalam kepala masing masing tak pernah nak kering.
-Tengah malam, aku jadi burung hantu. Susah sangat aku nak lelap. So hadap running man lagi. Kalau tak running man, aku hadap I am Sam. Satu satu nya drama Korea yang aku tengok dari first ep sampai lah last ep sebab T.O.P berlakon. Nampak fanatik aku kat situ?

Ok,lets start the countdown. 10 days more sebelum aku balik kodiang untuk kali ketiga. Seriously aku rindu sangat rumah aku. Aku 400 km jauh dari rumah. Tak pernah aku sejauh ni lama lama.

oh ya, i miss this person too.,