Friday, July 5, 2013

KMM di Hatiku

Salam
Melaka negeri ku sayang,
Melaka negeri maju,
Melaka negeri teknologi hijau,
Melaka 751 tahun.,

ok, firstly aku nak bagitau ya Allah best gila boleh surf internet free tengah tengah malam ni. FYI, aku surf ni pukul 1.45 pagi ok, tepat 1.45 pagi. so mostly orang lain dah tenggelam atas katil masing masing tapi aku, time ni lah aku nak update blog. rindu gilos dekat blog ni ok. aku baru ja lega demam, aku rasa ni kali ketiga aku demam sepanjang sebulan aku kat sini. tu tak kira lagi sakit tekak selesema batuk batuk aku time kolej ni dilanda jerebu siap ada pelawat dari Sumatera lagi. ok, aku just nak share story aku sepanjang sebulan lebih aku jadi pelajar Sains Program Satu Tahun kat Kolej Matrikulasi Melaka ni. and sepanjang minggu orientasi, ayat ayat kat atas tu lah yang selalu aku dengaq dari lecturer. nanti balik kedah aku nak practik jugak la, boleh?

ok, bila aku daftar kat sini, dapat lah kunci bilik and segala bagai and and ada satu beg, dalam beg tu ada tiga t-shirt. gila banyak t-shirt kolej yang aku dapat. ada warna pink hijau, lecturer cakap bukan pink tapi magenta, ada warna maroon kuning, and lastly merah hitam. yang warna pink hijau tu, aku akan pakai hari yang kelas aku ada kokurikulum. sweet kot aku tengok student lelaki pakai baju pink tu, kalau yang skema tu, masuk baju dalam seluar. baju merah hitam, pakai khas untuk outing and balik bermalam. tapi aku nak outing and balik bermalam tu tersangatlah rare. kalau outing pun sebulan sekali, entah dua bulan sekali, tambahkan nak balik bermalam. melaka-kodiang tu tersangatlah jauh ok, aku still homesick lagi kat sini, kadang kadang menangis jugak ingatkan Lot 2307 Belakang Taman Kodiang tu. and next baju, baju maroon kuning tu, aku pun tak tau bila nak pakai. suka hati kot,

and extra untuk student perempuan, ada satu tudung kelabu siap tone lagi ok. first aku dapat beg aku pelik jugak, aku ingatkan benda apa lah kan, rupanya tudung pun dapat. tudung tu aku kena pakai sepanjang minggu orientasi. tiap tiap hari ok, lecturer cakap, tujuan dia memang nak memasamkan tudung tu. sebab tu lah dia suruh pakai hari hari time orientasi dulu. and bila dah masuk kuliah, dia cakap tak nak bazirkan duit yang kami dah bayar masa pendaftaran, so tudung tu kena pakai jugak time kuliah, tapi just hari isnin lah. ramai yang merungut jugak, tapi mana berani bantah kan. and lama lama, aku tengok dah ada student pakai tudung lain hari isnin. setakat ni aku tak termasuk dalam golongan tu. aku tak engkar ok, and untung jugak la aku, room mate aku ada sorang chinese, dia dapat jugak tudung tu. dia tanya aku apa ni? aku bagitau dia, tudung lah. then dia cakap dia tak pakai and dia pun bagi dekat aku. aku pun, bila aku pikiaq nanti tudung ni nak pakai tiap tiap minggu, aku terima ja lah. orang dah bagi, aku amik ja lah. thank u soo yee,

and first, aku dah masuk kuliah. of course, semangat aku berkobar kobar ok. aku nak mencairkan otak aku yang dah membeku 6 bulan. ok la, aku suka kelas aku. aku kelas S16 P2. S untuk Sains, 1 untuk Modul 1, ada semua subjek Math, Kimia, Fizik, Bio. 6 pulak kumpulan yang keenam dalam kuliah. so dalam kuliah nanti semua student S16 dalam satu dewan la. and P2 tu kumpulan praktikum aku. ni kelas kecil aku, dalam 20 orang++ ja. aku kumpulan kedua, S16 ni kumpulan dalam Modul 1 yang last, praktikum pun ada 6 ja, memang sikit ja student. dalam dewan kuliah pun comfortable gila ok, aku tak payah nak berebut tempat duduk, 1 dewan kuliah maybe dalam 70++ student ja. lecturer aku semua ok, ada lah jugak yang garang tu, tapi bukan hari hari garang. mula mula aku memang tak faham or maybe aku langsung tak tau sistem matrikulasi kat sini, kerja kena siapkan walaupun lecturer tak suruh. masuk kelas nak bincang jawapan ja. first week tu aku memang blur gila gila, tapi lama lama dah boleh adapt la. kalau aku tak buat kerja pun, aku dah pandai la nak cover diri. kat sini tak boleh nak jujur sangat ok, kalau kat sekolah dulu aku tak nak meniru orang, tak jujur namanya. tapi kalau aku tak meniru, kena tendang kolej la aku nanti. so meniru tu compulsory. (bagi aku la)

then, sampai lah satu ketika bila student second intake masuk. aku yang dalam kelas yang terakhir ni, pengarah bubarkan kelas S16. waa nak gila aku wey, aku dah dua minggu dengan kawan kawan aku, dah baik dah, dah kenal dah even tak rapat sangat. so lepas bubar student dalam kelas kecil aku aku pecah dua. 11 orang masuk S11 P5, 9 orang lagi masuk S11 P8. dalam dewan kuliah, kami berjumpa lah.. dalam satu dewan, tapi kalau time tutorial, praktikal, memang terpisah la ikut P5 and P8 tu. and the most annoying part tu, aku terpisah dengan best friend aku, nabilah. dia orang batu pahat johor. dia masuk P5, aku pulak kena campak kat P8. pengarah tak tau ka aku ni susah nak make friends dengan orang baru.? bila aku dah elok elok ada kawan, kami terpisah pulak. WTH ?

ok, so aku ingat lepas ni tak dak nak bubar kelas dah. tapi baru ja minggu lepas ada announcement suruh pi cek nama sapa yang kena tukar kelas. tak semua orang kena tukar, sapa yang 'terpilih' ja kena tukar masuk kelas lain. kali ni aku harap sangat aku bukan orang yang terpilih. and yes, aku tak kena tukar lagi. aku stay kat kelas aku tu. tapi class mate aku pulak kena tukar kelas. kesian dia, macam dah tak dak semangat dah. dia class mate aku dari S16. kami sama sama masuk S11. and kali ni dia kena tukar lagi. just imagine it, dua kali dia kena tukar kelas. and tukar lecturer sekali. kalau aku pun, aku stress. tapi aku tak berani lah nak buat apa apa. kesian sangat, seminggu sebelum pertukaran tu, aku satu group dengan dia tau, kami punya lah semangat buat assignment bio. aku dok usung merata model plant cell and animal cell tu. alih alih hari nak present dalam kelas, dia dah kena tukar pi kelas baru. kalau aku kat tempat dia pun, aku rasa nak tumbang. stay strong, sumitha.

ok, and last story aku, weekend ni aku and semua room mate aku nak outing! hanis, umi, jiha, soo yee bersatu bergabung meletup! kami nak pi masjid tanah, nak beli barang barang untuk puasa. tak mau la aku turun bersahur kat kafe dengan muka bengkak baru bangun tidoq. aku tanya soo yee, apa dia nak beli.? dia cakap nak biscuits, nak beli banyak banyak. ya Allah serius aku tak sabaq sangat nak keluaq ramai ramai nanti. umi cakap nak snap depan family store, tu bukti kami dalam bilik B1.3.5 ni boleh bersatu padu. and aku pun dah mula bajet untuk shopping nanti. aku makan sehari sekali ja tau. aku makan petang, tu aku cover untuk lunch and dinner. boleh? ey, aku duduk sini kena pandai bajet tau, kalau tak mengemis la aku.