Tuesday, August 4, 2015

My First Year

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, thanks Allah. I have completed my first year in Physics. Aku rasa bila dah masuk semester dua hari tu, rasa macam cepat gila masa ni berjalan. Tiba-tiba midsem, dan secara tiba-tiba jugaklah aku dah sampai ke final. U know what? Semester 2 ni aku rasa semester yang sangat lawak. Cuti punyalah banyak. (seronok apa) Tapi lecturer la bising bising nanti tak sempat nak catch up. Dah la cuti midsem seminggu, balik kolej 5 minggu then cuti pulak seminggu untuk Hari Gawai. Kami yang dekat Perlis yang langsung takda kaitan dengan Gawai ni pun dengan secara tiba-tibanya boleh alert dengan Hari Gawai. Gila cuti seminggu, sapa takmau balik? Aku yang cuti hujung minggu sabtu ahad pun lari balik rumah, yang cuti seminggu lagi lah awal aku angkat beg.(hmm bilala nak matang) Aku ingat lagi lecturer Economics aku bila nak cuti panjang panjang ja dia mesti risau. Dia selalu pesan,

"I hope you will have a PRODUCTIVE holiday,"

Dekat perkataan productive tu dia tekankan, kami faham. Tapi tak buat apa apa yang productive pun. Cuti midsem macam cuti sem.

Lecturer Modern Physics lagi laaa. Dia macam marah marah pulak sebab dapat cuti. Balik ja dari cuti, dia cakap kami lah yang salah. "Orang bagi cuti untuk orang Sabah Sarawak, kamu pi raya sekali buat apa." Tiba-tiba rindu pulak kat madam nafisah, takpa next sem jumpa madam lagi.

Yeahhh i'm ready for a vacation!!!

Ok then, lepas daripada cuti Gawai we are back to the college, working hard on how to conduct our first annual grand dinner. Kelab Physics baru ditubuhkan, and tugas buat dinner kelab dapat dekat kami yang Part 2 ni. Aku ada rasa seronok + penat + sedih bila cakap bab dinner ni. Seronok sebab ni pengalaman aku sendiri, selama ni jamuan hari raya dekat hotel, aku tak tau apa apa. pakai bedak, pakai baju naik bas ramai ramai pi hotel then tunggu nama kena panggil untuk cabutan bertuah. So bila kita handle sendiri benda ni baru kita rasa nak appreciate, nak cooperate, nak tengok perangai masing masing. Jangan cakap peluh ja menitik, air mata pun menitik tau bila nak handle dinner ni.

Ok, tiba-tiba aku teringat aku jatuh tangga kedebuk depan senior-senior penerapan diploma. Even sama part, tapi umur dorang 22-23 gitu gitu kot, and aku taktau nak rasa malu or tak patut rasa malu sebab aku taktau ada yang nampak aku jatuh ka dak. Sebab semua sibuk atas pentas, aku dengan Azwa yang handle multimedia ni last balik sebab multimedia dekat backstage ada problem. Time nak tunggu azwa keluar tu aku patah balik masuk dewan. Aku boleh pulak lupa design dewan tu macam mana. Half daripada dewan tu tingkat bawah dekat bahagian depan. Yang bahagian belakang tu tinggi sikit daripada yang depan. Boleh pulak aku terjatuh terduduk atas tangga yang divide antara dua bahagian dewan tu. Sakit boleh hilang tapi malu tak boleh hilang beb. Aku rasa geng lelaki atas perasan kot aku terduduk sorang-sorang kat situ sebab takda sorang pun yang berbunyi, ke memang takda pun yang amik berat tengok aku terjelupuk atas tangga tu?

Satu lagi benda yang menyedihkan time dinner, aku takda satu pun gambar. Semua ajk turun makan bila dinner dah habis. Makcik dengan pakcik katering pun tengok ja bila la budak budak ni nak habis makan, dorang nak simpan pinggan mangkuk, Lagi sedih bila ayam masak merah tu dah basi, Esok tu semua orang asyik cari toilet. Aku mati mati ingatkan kena gastrik sekali lagi sebab tak makan nak handle dinner punya pasal. Sanggup ni haa, whatsapp madam bagitau saya gastrik madam, boleh tak saya tak masuk kelas, saya buat kuiz hari rabu nanti ye madam. Sanggup jugak aku ponteng kelas BI yang terakhir dalam semester 2. Menyesalnya, semua salah lauk semalam! Aku makan acah acah nak rasa ja kot, bukan makan yang mencekik punya. Lagipun memang dah takda selera dah malam tu. Aku sorang sorang pucat dekat belakang pentas tu dok tekan sana sini. Sound laptop sini, display laptop lain, Thanks dekat kawan kawan yang support dari belakang and dari depan and thankssss sangat sangat pada yang peluk aku malam tu. Gila sapa tak menangis kalau benda buat penat penat tapi tak menjadi. Aku malu sangat, i just cant stop being clumsy. Kita yang dekat belakang ni seronok tengok video dekat laptop, tak tau pulak orang depan tu tak tau apa apa. Dengar orang tepuk tangan pun dah puas hati sangat sangat. Rupanya tak ada pun dekat skrin. sob sob sob

Ya Tuhan, dugaan apakah ini.

Poster hebahan dinner yang aku buat,
Takda hebahan dekat mana mana dinding mahupun tiang letrik sekitar UiTM,
just hebahan dalam whatsapp.

Aku takda gambar dinner, just ada gambar sebelum dinner.
Jangan cari aku.

By the way, benda benda macam ni seronok sebenarnya. Aku seronok sebab aku handle video, tak payah bukak buku. Aku mengadap ja laptop. Maka semakin bermaharajalela la kemalasan aku. Cuti Gawai aku takda bergawai dekat mana mana. Aku mengadap laptop mengedit sana sini. Sekian.

...and seminggu lepas tu kami pun masuk final. Lawak gila, kalau ikutkan academic calendar memang dah takda masa untuk kami study week. Tinggal cuti hujung minggu, sabtu ahad lepas tu terus final. Mana boleh bagi study leave, nanti nak raya kat kolej? Ohhh tidak ok, tidak sama sekali. Tapi ok la, jadual orang lain maybe hari Isnin dah ada paper. Tapi aku hari Khamis baru ada paper. Kiranya ada lebih kurang seminggu jugak la untuk aku bawak bawak menginsafkan diri, kembali ke pangkal buku yang aku akan bukak hanya bila ada quiz or test ja. and guess what? First paper CTU. Phewww

Macam aku cakap tadi, semester 2 was a funny semester. Too much holidays and we were left with no study leave, Yang menambahkan punchline semester 2 agar bertambah padu ni, untuk aku lah, first week untuk final tu hari hari ada paper. I repeat again, Hari hari ada paper untuk minggu pertama. So I had 5 papers for 5 days in a row. Started with CTU, then BI, then Eco, then Management and lastly Calculus penutup minggu, and i was left with another 2 papers. Both are physics papers. Aku bajet ada gap sepuluh hari ni, 5 hari subjek itu, 5 hari subjek ini. So for the next 10 days yang aku rasa kekosongan sangat sangat, of course la aku balik rumah. Walaupun aku tau probability untuk aku study kat rumah tu 0.01% tapi sebab kita dalam bulan puasa kan, tak sanggup aku kalau tak berbuka kat rumah. Tak sanggup aku bangun sahur bancuh nestum, bancuh bubur nasi knorrrrr. (tapi sedap) and sebenarnya tak sanggup nak berjalan ulang alik pi bazaar. Yang menyedihkan bazaar uitm ni, makin hari makin berkurang gerai dia. Kalau makin banyak semangat la sikit aku nak berjalan pilih menu apa nak makan harini.

Lastly, hari last dekat uitm, rasa kami macam berpuasa dekat hutan. Sunyi gila, dengan kolej terperosok belakang sana, lampu jalan pun dah tak menyala, Tinggal la kami mengadap last paper dengan perasaan yang entah la. I cant find any words to describe it. Bazaar? Jangan cakap, last day tinggal tiga gerai ja. Gerai air satu, gerai nasik satu, gerai makanan gitu gitu satu. Kami takda pilihan so apa yang ada, makan ja lah. Bersyukur jugak sebab masih ada pakcik makcik bazaar yang masih bukak gerai untuk kami. We love you, pakcik makcik. So sejak haritu, aku nekad nak berbukak sedap sedap balik rumah nanti walaupun aku cuma ada 4 hari ja untuk berpuasa kat rumah. sob sob, sebenarnya aku seronok boleh merasa berpuasa kat kolej, bersahur kat kolej, dengar lagu niat puasa dekat kolej pukul 5 pagi. Seriously that was really something. Mula mula kami bising bising dalam bilik sebab speaker depan bilik kami, lagu tu pulak budak budak yang nyanyi. We were really annoyed by that song. But at the end kalau tak dengar lagu tu rasa tak complete pulak aktiviti bersahur.

Sekian, walaupun semester 2 ni sangat sangat lawak (bagi aku) but i'll remember it as a sweet memory. I'll keep it to myself. Remembering those times had taught me a lot. I've got new experience, new friends and i find the other way of studying in university.