Sunday, October 6, 2013

SIPMA yo!

Assalamualaikum.,

5 Oktober 2013, larian obor kat sini.. tapi aku nak jelaskan kat sini bukan aku yang berlari sambil pegang obor tu ok?

Seawal 6.45 pagi aku dah bersiap. Terkorban lagi pagi sabtu aku. Berkumpul ramai ramai depan blok then berjalan ke astaka macam orientasi dulu dulu.

Dah sampai kat astaka kami duduk dekat tempat masing masing ikut susunan SIPMA 5. Aku? aku bentuk huruf P dekat depan sekali. Aku suka sangat jadi center. Sebelum ni buat formation KMM pun, aku bentuk M yang tengah tengah tu, aku pun duduk depan sekali lagi jugak. Tapi aku tak lah sorang sorang mengejar populariti. Of cos la ada peneman kat kiri kanan depan belakang barulah best sama sama mendaki populariti. hewhew..

Ok lepas atlet SIPMA berlari sambil bawak obor tu, kami yang tak ada kena mengena dengan SIPMA ni bersenamrobik lah kat astaka tu. Perlu sangat untuk aku mention kat sini yang classmates aku yang lead senamrobik beramai ramai tu. Of cos aku bangga, Enjoy sangat senamrobik tu. 20 minit tak terasa pun,

Ok, tak payahla cakap banyak banyak.
This is how do we look on that day,



 
Running with the obor, up there..
 

Sunday, September 29, 2013

putar waktu,please..


Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah nak habis pun semester satu aku dekat KMM.. Sedar tak sedar,dah 4 bulan aku tinggal rumah and baru ja balik bermalam 2 kali.. Homesick jangan cakap lah,aku tak berani nak call rumah sebab aku confirm, yakin dan pasti mesti air mata aku jatuh sambil bercakap nanti. Tengah menaip ni pun,dah bergenang dah air mata aku, teringatkan rumah.. Ok. Stop.

Aku tak suka new life ni. Hidup aku busy gila gila. Aku rasa aku pun boleh jadi gila. Dah hujung hujung semester ni banyak pulak aktiviti weekend. Boleh kata tiap tiap minggu aku tak da cuti. Hari sabtu nak ganti cuti,hari ahad ada pun macam tak da ja.

I really miss my old life,but it doesn't mean that aku nak repeat balik spm. Never.

Aku nak balik 5 bulan yang penuh lapang dalam hidup aku yang dulu.

-Bangun pagi buatkan breakfast untuk madam kecik kat rumah tu.
-Lepas tu tengok tv sekali. Kalau boring jugak, aku bukak laptop,menghadap lah kami dua beradik tengok running man sampai boring sekali lagi.
-Dah tengah hari sikit aku mula kemas mengemas rumah. Mama balik nanti tak la mama marah kalau mama tengok before and after sama ja.
-Lepas tu aku masak untuk tengah hari. Masak nasik ja pun. Lauk pauk mama and abah boleh tapau kat sekolah.
-Petang petang, tengok tv lagi.. Rindu gila nak tengok setia hujung nyawa berjemaah depan tv. time ni semua orang menghadap tv tak kira kecik besar tua muda. Abah pun join. Aku rindu jugak nak tengok dangerous love. Ding Dong Dantes n Marian Rivera ok, memang aku takkan miss la tiap tiap hari. Lepas aku masuk matrik entah macam manalah ending ceta ni.. and ada lagi, pagi pagi,aku wajib tengok My Girl, drama filipina lagi. Best and funny. Tapi selalunya aku terlepas sabab pagi pagi mesti terbabas.
-Kalau tv tak best,cari laptop pulak. Time ni lah time aku nak berebut laptop dengan adik adik.
-Malam, aku duduk diam diam dalam bilik, pakai netbook online Facebook, chat dengan geng. Tiap tiap malam ada ja story kami. Idea dalam kepala masing masing tak pernah nak kering.
-Tengah malam, aku jadi burung hantu. Susah sangat aku nak lelap. So hadap running man lagi. Kalau tak running man, aku hadap I am Sam. Satu satu nya drama Korea yang aku tengok dari first ep sampai lah last ep sebab T.O.P berlakon. Nampak fanatik aku kat situ?

Ok,lets start the countdown. 10 days more sebelum aku balik kodiang untuk kali ketiga. Seriously aku rindu sangat rumah aku. Aku 400 km jauh dari rumah. Tak pernah aku sejauh ni lama lama.

oh ya, i miss this person too.,

Friday, August 9, 2013

My Life-Kolej Matrikulasi Melaka

assalamualaikum.. kum.. kum.. kum..
ok, aku tak boleh nak cakap banyak banyak, nak share ja apa aku buat kat melaka, so lets check-check check it out!

view dari tangga wing B blok asrama aku,
yang kanan tu B4, yg kiri pulak B5.. 
dah penat shopping cari kasut ke hulu ke hilir,
lastly isi perut kat KFC..
err aku rasa troli tu bukan kami punya,
sedap, kawan kawan ku.?
tengah jerebu kat sana,
sedih gilos,
boleh rosak paru paru aku kalau hari hari macam ni..
ni lagi.. hilang keserian asrama kami
tiba tiba ja kan.?
nasi goreng HK
sekali makan, sumpah aku tak makan lagi.
pedas panas pedas!
hew hew..
sakan?
normal la kan, girls shopping..
barang aku tak banyak,
ada 4 plastik ja dari banyak banyak beg plastik kat situ..
jalan shortcut yang aku lalu dari bilik nak ke cafe,
khemah kecik warna biru kat depan tu lah yang pakcik cafe panggil bazaar..
rasanya tak patut, pakcik..
darah!
3 daripada 4 orang kat dalam tile tu, darah O..
best gilos buat eksperimen biologi,
aku lah tukang inject orang.
my blood group,O
recessive rupanya aku ni..
condition bilik aku hari last sebelum balik beraya..
soo yee sporting gilos, aku suruh senyum sekali peace dia bagi,
nak keringkan baju punya pasal,
malas nak turun bawah sidai baju.,
hari jumaat, last day kat sana sebelum balik beraya..
nampak keceriaan jelas terpancar kat muka aku.?
bhahaha
dah siap nak shopping raya!
opss.. mesin jahit turun temurun mama pun nak interframe,
time ni mama sibuk repair baju raya anak anak..
first beli, masuk dalam kereta ja aku cakap..
'urghh i hate this colour,'
tapi lepas tu sayang gilos kat handbag ni 
aku dengan mun bermuka tebal snap kat rumah atifa..
kami pi bukak posa kat sana,
ehem ehem.. invited ok,
tiket bas aku!
tiket ni ada kat tangan aku time nak naik bas ja,
sebelum tu mak atifa pegangkan, then zaidah pegangkan,
nampak betapa low nya self-confidence aku.?
nak jaga tiket sendiri pun tak berani..
first outing,
aeon jusco melaka
suasana malam pertama tarawih kat sana.
ramai gilos sampai melimpah ruah
tapi makin lama makin sikit, sikit, sikit..
normal la kan?

cik rara~
kami duduk duduk dekat dataran belakang blok asrama and snap snap!

saja snap sementara tunggu classmate aku siap,
ni lah tong ayaq yang jadi sumber minuman aku, 

maap maap, storyline aku tak tersusun..
selamat hari raya !

Friday, July 5, 2013

KMM di Hatiku

Salam
Melaka negeri ku sayang,
Melaka negeri maju,
Melaka negeri teknologi hijau,
Melaka 751 tahun.,

ok, firstly aku nak bagitau ya Allah best gila boleh surf internet free tengah tengah malam ni. FYI, aku surf ni pukul 1.45 pagi ok, tepat 1.45 pagi. so mostly orang lain dah tenggelam atas katil masing masing tapi aku, time ni lah aku nak update blog. rindu gilos dekat blog ni ok. aku baru ja lega demam, aku rasa ni kali ketiga aku demam sepanjang sebulan aku kat sini. tu tak kira lagi sakit tekak selesema batuk batuk aku time kolej ni dilanda jerebu siap ada pelawat dari Sumatera lagi. ok, aku just nak share story aku sepanjang sebulan lebih aku jadi pelajar Sains Program Satu Tahun kat Kolej Matrikulasi Melaka ni. and sepanjang minggu orientasi, ayat ayat kat atas tu lah yang selalu aku dengaq dari lecturer. nanti balik kedah aku nak practik jugak la, boleh?

ok, bila aku daftar kat sini, dapat lah kunci bilik and segala bagai and and ada satu beg, dalam beg tu ada tiga t-shirt. gila banyak t-shirt kolej yang aku dapat. ada warna pink hijau, lecturer cakap bukan pink tapi magenta, ada warna maroon kuning, and lastly merah hitam. yang warna pink hijau tu, aku akan pakai hari yang kelas aku ada kokurikulum. sweet kot aku tengok student lelaki pakai baju pink tu, kalau yang skema tu, masuk baju dalam seluar. baju merah hitam, pakai khas untuk outing and balik bermalam. tapi aku nak outing and balik bermalam tu tersangatlah rare. kalau outing pun sebulan sekali, entah dua bulan sekali, tambahkan nak balik bermalam. melaka-kodiang tu tersangatlah jauh ok, aku still homesick lagi kat sini, kadang kadang menangis jugak ingatkan Lot 2307 Belakang Taman Kodiang tu. and next baju, baju maroon kuning tu, aku pun tak tau bila nak pakai. suka hati kot,

and extra untuk student perempuan, ada satu tudung kelabu siap tone lagi ok. first aku dapat beg aku pelik jugak, aku ingatkan benda apa lah kan, rupanya tudung pun dapat. tudung tu aku kena pakai sepanjang minggu orientasi. tiap tiap hari ok, lecturer cakap, tujuan dia memang nak memasamkan tudung tu. sebab tu lah dia suruh pakai hari hari time orientasi dulu. and bila dah masuk kuliah, dia cakap tak nak bazirkan duit yang kami dah bayar masa pendaftaran, so tudung tu kena pakai jugak time kuliah, tapi just hari isnin lah. ramai yang merungut jugak, tapi mana berani bantah kan. and lama lama, aku tengok dah ada student pakai tudung lain hari isnin. setakat ni aku tak termasuk dalam golongan tu. aku tak engkar ok, and untung jugak la aku, room mate aku ada sorang chinese, dia dapat jugak tudung tu. dia tanya aku apa ni? aku bagitau dia, tudung lah. then dia cakap dia tak pakai and dia pun bagi dekat aku. aku pun, bila aku pikiaq nanti tudung ni nak pakai tiap tiap minggu, aku terima ja lah. orang dah bagi, aku amik ja lah. thank u soo yee,

and first, aku dah masuk kuliah. of course, semangat aku berkobar kobar ok. aku nak mencairkan otak aku yang dah membeku 6 bulan. ok la, aku suka kelas aku. aku kelas S16 P2. S untuk Sains, 1 untuk Modul 1, ada semua subjek Math, Kimia, Fizik, Bio. 6 pulak kumpulan yang keenam dalam kuliah. so dalam kuliah nanti semua student S16 dalam satu dewan la. and P2 tu kumpulan praktikum aku. ni kelas kecil aku, dalam 20 orang++ ja. aku kumpulan kedua, S16 ni kumpulan dalam Modul 1 yang last, praktikum pun ada 6 ja, memang sikit ja student. dalam dewan kuliah pun comfortable gila ok, aku tak payah nak berebut tempat duduk, 1 dewan kuliah maybe dalam 70++ student ja. lecturer aku semua ok, ada lah jugak yang garang tu, tapi bukan hari hari garang. mula mula aku memang tak faham or maybe aku langsung tak tau sistem matrikulasi kat sini, kerja kena siapkan walaupun lecturer tak suruh. masuk kelas nak bincang jawapan ja. first week tu aku memang blur gila gila, tapi lama lama dah boleh adapt la. kalau aku tak buat kerja pun, aku dah pandai la nak cover diri. kat sini tak boleh nak jujur sangat ok, kalau kat sekolah dulu aku tak nak meniru orang, tak jujur namanya. tapi kalau aku tak meniru, kena tendang kolej la aku nanti. so meniru tu compulsory. (bagi aku la)

then, sampai lah satu ketika bila student second intake masuk. aku yang dalam kelas yang terakhir ni, pengarah bubarkan kelas S16. waa nak gila aku wey, aku dah dua minggu dengan kawan kawan aku, dah baik dah, dah kenal dah even tak rapat sangat. so lepas bubar student dalam kelas kecil aku aku pecah dua. 11 orang masuk S11 P5, 9 orang lagi masuk S11 P8. dalam dewan kuliah, kami berjumpa lah.. dalam satu dewan, tapi kalau time tutorial, praktikal, memang terpisah la ikut P5 and P8 tu. and the most annoying part tu, aku terpisah dengan best friend aku, nabilah. dia orang batu pahat johor. dia masuk P5, aku pulak kena campak kat P8. pengarah tak tau ka aku ni susah nak make friends dengan orang baru.? bila aku dah elok elok ada kawan, kami terpisah pulak. WTH ?

ok, so aku ingat lepas ni tak dak nak bubar kelas dah. tapi baru ja minggu lepas ada announcement suruh pi cek nama sapa yang kena tukar kelas. tak semua orang kena tukar, sapa yang 'terpilih' ja kena tukar masuk kelas lain. kali ni aku harap sangat aku bukan orang yang terpilih. and yes, aku tak kena tukar lagi. aku stay kat kelas aku tu. tapi class mate aku pulak kena tukar kelas. kesian dia, macam dah tak dak semangat dah. dia class mate aku dari S16. kami sama sama masuk S11. and kali ni dia kena tukar lagi. just imagine it, dua kali dia kena tukar kelas. and tukar lecturer sekali. kalau aku pun, aku stress. tapi aku tak berani lah nak buat apa apa. kesian sangat, seminggu sebelum pertukaran tu, aku satu group dengan dia tau, kami punya lah semangat buat assignment bio. aku dok usung merata model plant cell and animal cell tu. alih alih hari nak present dalam kelas, dia dah kena tukar pi kelas baru. kalau aku kat tempat dia pun, aku rasa nak tumbang. stay strong, sumitha.

ok, and last story aku, weekend ni aku and semua room mate aku nak outing! hanis, umi, jiha, soo yee bersatu bergabung meletup! kami nak pi masjid tanah, nak beli barang barang untuk puasa. tak mau la aku turun bersahur kat kafe dengan muka bengkak baru bangun tidoq. aku tanya soo yee, apa dia nak beli.? dia cakap nak biscuits, nak beli banyak banyak. ya Allah serius aku tak sabaq sangat nak keluaq ramai ramai nanti. umi cakap nak snap depan family store, tu bukti kami dalam bilik B1.3.5 ni boleh bersatu padu. and aku pun dah mula bajet untuk shopping nanti. aku makan sehari sekali ja tau. aku makan petang, tu aku cover untuk lunch and dinner. boleh? ey, aku duduk sini kena pandai bajet tau, kalau tak mengemis la aku.

Wednesday, May 15, 2013

Me, Teacher for a Day

assalamualaikum..

ohohoi.. aku jadi cikgu sementara hari ni. hari ni aku and cik mun pegi interview institusi pendidikan guru dekat kampus perlis. nervous memang tak tau nak cakap k. first time aku temuduga kot. dulu pernah la sekali senior interview aku masa nak lantik jadi pengawas sekolah. tapi tu cerita lama, aku pun kecik lagi tu. tingkatan 1 dulu dulu. yang ni, cerita baru, masih panas lagi, terbaik dari ladang. and mama memang harapkan aku dapatlah temuduga ni. aku dah mention kan sebab sebab mama nak aku jadi cikgu sebelum ni.? tapi aku tak lah kisah sangat. aku tak mau jadi cikgu pun. and semalam kiranya last preparation aku. mama bertindak sebagai perunding imej aku, lepas balik sekolah mama pi belikan baju kurung kat aku. then malam pulak, mama tanya nak pakai kasut apa. abah pulak bertindak sebagai tutor persendirian aku. dia amik satu kertas A4, and tulis lah about soalan soalan yang mungkin ditanya dalam interview tu nanti. and baru semalam aku nak study sikit sikit. baru lah kalut cari soalan, cari jawapan.

by the way, memandangkan esok hari guru, aku expect soalan interview tu nanti more to teacher's day topic la. and sebab aku pulak interview untuk TESL, and soalan soalan dalam internet tu in malay, jadi banyak lah sikit kerja aku. lepas jawab aku nak translate pulak ke english. dalam bab ni, aku beruntung sebab google ada google translate. memang terbaik lah! even tak semua ditranslate betul betul, boleh lah jugak sikit sikit membantu aku. tiba tiba ja rasa macam nak ambik spm. borang borang permohonan semua berselerak atas katil. aku buat banyak salinan. ya lah kan, tulisan dah berubah 360 darjah. so aku buat banyak banyak. nanti aku pilih yang mana aku puas hati. tengok operasi mencari dan mencari aku ni. time tu baru lah aku sedar susah jugak nak jadi cikgu ni.

see.?
ni nak buat essay dalam borang penyataan hasrat.
hasrat menjadi guru.. kekeke
aku pakai study atas katil ja.
segala macam pen aku pakai, nak tulisan cantik..
pen pun mempengaruhi tulisan eh.?
tak sah kalau tak dak background music.
buat essay english sambil dengaq lagu jepun.
terbaik!
there, ada jugak muka hyun seung.
midnight by beast
lagu jepun favourite aku
and lepas habis study last minute tu, aku terasa nak tengok running man pulak. episod yang baru, dah release dah kemarin. tapi aku tak sempat nak tengok. so aku luangkan la sikit masa nak tengok even time tu dah pukul 1 pagi. aku ingatkan nak tengok part 1 ja, tapi bila dah habis tengok part 1, dah terjebak ke part 2 pulak. tak best lah kalau tengok half half ni. kalau tengok half half nanti aku interview besok mesti tak tenteram sebab dok pikiaq macam mana ending episod tu. akhirnya, 3.15 pagi aku pun habis tengok running man. sambil sambil tengok running man semalam ada lah jugak gelak sorang sorang tapi tak lah sampai mengejutkan satu isi rumah ni. and amazingly, pagi ni mama kejutkan sekali ja, aku terus  bangun. secara kasarnya, aku just tid0q dalam 3 jam++. 

and amazingly lagi, even tidoq tak cukup, aku tak mengantuk pun. boleh ja bangun macam biasa, pergi mandi and bersiap. then aku mintak stokin dekat mama. nak interview cikgu kan.? kena lah pakai stokin tu. anyway, this is my first time aku pakai stokin gitu. i was really awkward. dengan kasut bertapak 3 inci tu, bila pakai stokin, automatik jadi licin. kaki aku asyik terkeluar dari kasut ja. bila sampai dekat maktab tu, abah dah masuk bangunan aku baru terkedek kedek nak masuk. abah dah lepas satu blok, aku baru nak masuk blok. amat menyeksakan ok. actually aku tak da masalah alau pakai kasut tinggi just problem aku dengan stokin tu. aku rasa aku berjalan half kilometre per hour. kalau ada kura kura kat sebelah aku pun, aku rasa kura kura tu yang akan sampai dulu. then, bila sampai dekat dewan, aku berdiri belakang tiang besar and bukak stokin satu satu and sumbat dalam beg. haa kalau awal awal aku bukak kan senang.?

then, kami pun masuk dalam dewan untuk ujian INSAK. ujian bertulis ni, ada dua pilihan A or B ja. aku kena jawab 135 soalan dalam masa 30 minit. memang rasa macam jawab SPM k sebab masuk masuk ja, kertas jawapan OMR tu and buku soalan dah siap atas meja. time nak kutip jawapan pun aku rasa macam dalam dewan spm. mula mula tu, aku ingatkan aku dah cukup laju lah. then encik yang duduk dekat depan tu cakap masa tinggal lagi 10 minit. gila terkejut aku. dalam 20 minit, aku baru jawab 100 soalan. seriously, tinggal lagi sepuluh minit.? ya lah tadi aku nak lorek pun elok elok ja macam lorek jawapan spm. aku rasa masa banyak dibazirkan untuk lorek jawapan. and aku pun dah tak tau macam mana aku nak ligan lagi 35 soalan tu dalam 10 minit. bila dah kalut kalut macam tu, aku baca soalan pun aku tak sedaq apa yang aku baca. so kena pulak baca 2-3 kali. tengok, semua ni membazirkan masa. 

lepas announcement tu, aku tak lorek elok elok dah. aku baca soalan, tak pikiaq banyak terus ja lorek jawapan mana yang aku rasa sesuai. actually tak lah lorek sangat. i think more to conteng. and alhamdulillah la, teknik contengan aku tu berhasil. aku ada lagi lebihan masa nak cantikkan tulisan aku and signature aku. adalah 2 kali jugak aku padam sign, padam sign then serah dekat orang yang kutip soalan tu. then kami pun jalan ke bilik temuduga. time ni aku dah mula nervous. kalau ikutkan jadual aku, aku ni sesi kedua. pukul 10.45 pagi. but memandangkan ada calon yang tak mai temuduga, so empat sesi yang sepatutnya ada, just tinggal dua sesi. aku masuk sekali dalam sesi 1. so aku ni temuduga awal lah. double la nervous aku. tapi ada kelebihan jugak bila aku interview awal. nanti cepat lah hilang nervous aku. kesian cik mun kan, dia interview pukul 12. lama kan dia menahan nervous.? aku masuk pukul 9.30. then 10.30 habis lah interview tu. mau berasap aku duduk dalam bilik ber air cond tu, berasap kepala pikiaq apalah aku nak cakap.

first masuk dalam bilik tu, aku cari port dekat belakang. tak berani nak duduk depan depan. mula mula kami tengok satu video. alah, video yang dalam iklan tv yang ada lelaki india and melayu, bergaduh sebab buang sampah depan rumah. then lelaki india tu tolong lelaki melayu tu bila dia kena heart attack. dah habis tengok, lepas tu kena lah berbincang about video tu. just discuss among ourselves. tak melibatkan penemuduga tu pun. but first, kami perkenalkan diri dulu lah. setakat ni, time nak memperkenalkan diri tu aku tak lah ada masalah sangat. aku ikut ja lah apa orang sebelum aku dok cakap. then, kami pun mula lah discuss about that video. mula mula aku rasa rendah diri sangat. aku terdiam tak tau nak cakap apa. budak budak lain semua cakap. aku just angguk angguk. then bila aku rasa depa dah slow down sikit baru lah aku mencelah. ada jugak lah hilang sikit perkataan yang aku nak sebut. tapi syukur la kami saling membantu. kalau aku lupa, orang sebelah tolong. kalau orang lain lupa, aku pun tolong pulak. 

benda ni automatik k, kalau kita ja cakap sorang sorang, and tumpuan orang tertumpu dekat kita, even kita dah tau apa kita nak cakap tu, boleh jugak jadi blank. macam aku tadi lah. last last aku habiskan point aku dengan 'ya, that's all. thank you..' malu gilos k, bukan sekali tau aku terlupa macam tu. dalam dua tiga kali jugak lah otak aku meragam. then bila sampai bab nak story pasal sekolah aku, aku dah mula cakap banyak lah. semua benda aku nak bagitau, tapi bila aku stop kejap penemuduga tu suruh sambung orang lain pulak. stress ok, stress. time aku terkelu tak tau apa nak cakap, semua orang tunggu aku cakap. bila aku dah nak bercakap sebanyak mana aku nak, kena potong queue pulak. tapi ok lah. aku pun tak tau nak kelentong apa lagi depan depa semua. makin banyak aku cakap, makin banyak aku kelentong. lagipun aku nak compete jugak lah dengan student sekolah sekolah kluster tu. orang kodiang pun terpilih TESL ok.? 

and bila dah selesai temuduga aku, aku pun pi dekat cik mun yang dekat bilik sebelah. mun tanya macam mana aku temuduga. aku tak bukak mulut, just angkat ibu jari. thumbs down. bhahaha.. aku cakap dekat mun, aku malu gilos tadi, aku rasa nak tergelak dengan diri sendiri. and aku tunggu ja mun dekat situ sementara dia nak masuk sesi temuduga yang kedua.. cik mun dapat temuduga untuk mathematics ya. and sambil sambil menunggu kat luar tu, tambah pulak tak ada orang orang penemuduga dekat luar, aku pun mulakan aktiviti menghilangkan keboringan aku.

ini dia IPG Perlis

IPG Perlis lagi..
ini dia name tag cikgu sementara..
my own handwriting and limited edition ni,
pheww..
wajah kelegaan lepas selesai interview
aku memahami rasa resah gelisah
yang bersarang di hatimu
wahai sahabatku.. bhaha
cik mun sedang nervous semahu semahunya
tapi aku pulak sebaliknya 
ok, tu ja. and 12.30 cik mun habis lah interview. ayah dia tak balik pun, tunggu dekat luar sampai habis. aku pulak duduk tercongok tunggu abah sampai setengah jam. abah cakap pukul 1 abah sampai la tapi pukul 1.15 baru sampai. and sambil menunggu, lets take a look at another pictures from me..

IPG Perlis
tak ramai orang pun
i wonder mana student dekat sini
boring gilos tunggu bawah pokok sorang sorang k.
aku buat effect ni nampak macam mana.?
seram.?
actually aku buat silap time menunggu abah mai amik. berani aku play lagu TVXQ Catch Me (If You Wanna).. tapi syukur la tak da sapa catch aku time tu.

Tuesday, May 14, 2013

I'm Leavin'

gud nite u olls.!

ok, dah pukul 12.39 tengah malam tapi saja saja lah aku nak cakap sikit. lagipun dah lama kan tak update. and nak story lah sikit about apa aku buat la ni. dah bulan 5 pun kan, so persiapan la ni lebih kepada persiapan nak sambung belajaq la. sebelum ni aku dok practice menulis sorang sorang. ada lah buat essay sikit. bhaha.. sempat lagi tu, tengah tengah malam kalau tak mengantuk lagi aku bangun, ambik buku nota yang form 5 dulu, teringat balik zaman zaman kegemilangan dulu, aku pun tulis la essay. nak practice menulis la, dah 4-5 bulan tak pegang pen kan, tangan dah keras. tulisan jangan cakap lah, lebih dari cakar ayam. kalau ayam tengok pun dia tak mengaku yang tu tulisan cakar ayam. ok, apa aku merepek ni.? dah, meh tengok essay 2 page aku yang sempat aku buat dalam percubaan nak membaiki tulisan and mengingat balik segala vocab, grammar, english aku.

haishh..
actually malu nak tunjuk
handwriting aku teruk gilos
tapi aku rasa better sikit ni
 ok, and dah bulan 5 kan, aku and the gang, cik mun, cik an, and cik rara pun dah dapat tawaran dekat matrikulasi melaka. syukur sangat la. termakbul jugak doa aku nak study sama sama. tapi aku tunggu lagi tawaran U sebab aku apply untuk foundation jugak. actually aku rasa aku agak gelojoh dalam bab bab ni. sebab aku pernah tanya dekat gang aku, tak boleh ka kalau tak masuk matrik.? terus ja masuk U.? ok, actually boleh. aku boleh pilih nak masuk mana mana U (kalau dapat masuk la) and buat diploma or foundation. diploma aku tak nak kot, sebab makan masa 3 tahun.. nanti habis study ja, sedaq sedaq aku dah tua. no, aku tak sanggup na terima hakikat tu. so aku prefer buat foundation yang just setahun++ kot, aku pun tak sure lagi. aku try tanya syahmi, dia cakap dalam setahun 2 bulan. aku bukan tak minat matrik tapi aku na terus masuk U. bhaha.. macam lah aku ni cemerlang sangat kan.? lagipun kalau matrik, kena kuat la. aku bukan tahan sangat ni, ada mood jugak. kalau rajin tu boleh la kalau nak score. kalau tak rajin, down menjunam junam la.. tapi aku pun tak sure either matrikulasi or IPTA. kena pikiaq jugak kan faktor surrounding tu. faktor kawan kawan lagi. ya lah kan, bukan senang aku ni nak cari kawan. sekali kawan, susah pulak aku nak tinggai macam tiga serangkai mun, an and rara tu. kami dah macam kembar siam tak seiras. kat mana ada depa, mesti ada aku. kan?

next, result untuk IPTA tu rasanya dalam minggu ni or next week. sebab kat portal upu tu cakap, dalam minggu ketiga tu keluar la result. harap harap result tu keluar lah awal sikit. boleh lah aku muhasabah diri dulu and decide nak further study dekat mana. actually best tau sebab aku rasa macam dah nak masuk dalam dunia baru. plus, aku tak pernah tinggai family lagi sebelum ni. duduk asrama. lagi lah tak pernah. tidoq kat hotel dengan cik bertiga tu pernah la. kalau dengan depa, ke kelantan, melaka, kuala lumpur, terengganu, kami duduk sekali. kalau tak satu bilik pun, duduk satu rumah. pernah la sekali merasa duduk dekat asrama masa aku ikut kursus pss dekat ..tak ingat lah nama tempat tu. tapi asrama tu semua untuk cikgu cikgu. best! dalam bilik aku and cik rara ada meja study, tv pun ada. aku suka bukak pintu balkoni and sidai towel yang basah. and malam malam, cik an and cik rara masuk bilik kami nak tumpang tengok tv sebab tv dekat bilik depa dah out of service. alhamdulillah la kami dapat bilik tip top.

haa next, aku and cik mun dapat jugak tawaran maktab. actually dulu mun share apa apa dengan aku, aku isi ja. dia bagi link maktab, aku isi ja. isi suka suka, tak ada niat pun nak jadi cikgu sebenarnya. tapi isi jugak lah, buat bekalan kalau kalau tawaran lain tak dapat. aku sedaq jugak lah budak budak makin pandai la ni. aku yang tak cukup syarat ni tak boleh memilih sangat. so aku mintak untuk mengajaq mathematics and english. haha.. aku tak berani nak mintak lain dari tu, bahasa melayu.? aku dapat A ja lah, bukan A+. sains.? haishh.. lagi lah, B+ ja pun, sesat anak murid aku nanti kalau dapat cikgu macam aku. pendidikan islam.? aku takut nak bawak watak ustazah. tak sesuai, kata aku. and alhamdulillah, aku dapat tawaran. tapi yang aku dapat tu bahasa inggeris sebagai bahasa kedua untuk sekolah rendah. actually terkejut + seronok jugak bila aku tau, memang lah aku minat lebih dalam english ni, tapi nanti ada interview dulu. bukannya terus masuk maktab macam tu ja. and aku sah sah la kena temuduga dalam english. mama seronok plus plus la bila aku dapat. aku ok ja, dapat tak pa, tak dapat lagi tak pa sebab aku memang tak ada minat dalam mengajaq and menjadi pengajaq ni. bukan jiwa aku, kata aku.

memandangkan aku masuk maktab ni bukan lagi buat diploma, bukan lagi buat foundation tapi straight buat ijazah sarjana muda, so masa aku dah dijimatkan. see.? dalam 5 tahun lepas aku keluaq maktab nanti, terus dapat kerja. mama tambah lagi, aku umoq 24 dah boleh beli kereta, dah boleh beli rumah. dekat part beli kereta sendiri tu yang menyentuh kalbu aku. tergugat jugak lah pendirian aku bila mama umpan aku dengan ayat kereta sendiri tu. part beli rumah tu aku tak kisah sangat. really.? aku boleh beli kereta 5 tahun dari sekarang.? daebakk! tapi kalau tak minat macam mana tu.? and abah, abah tak kisah. abah tanya banyak kali, nak jadi cikgu ka nak jadi doktor ni.? aku bagitau nak doktor la. cita-cita dari first day aku masuk sekolah masa darjah satu lagi ok. even kadang kadang ada jugak tergugat either nak jadi peguam or doktor, tapi tak pernah lagi la jadi cikgu masuk dalam list aku. boleh ka kerja kalau tak minat.? tapi kita tengok dulu la kan, sebab apa apa pun kena temuduga dulu. aku pun dah termimpi mimpi temuduga tu. aku mimpi yang aku tak sempat temuduga pun sebab aku lambat sejam. see.? ni petanda baik or buruk ni.? so wish me the best of luck untuk interview dekat perlis hari rabu ni. grr..

ok, for the last paragraph aku nak share preparation aku untuk intake ni. baju, aku baru beli baju kurung sepasang. tak tau lah bila boleh keluaq beli lagi. kawan kawan aku beli kain, lepas tu upah jahit pulak. aku tak macam tu, aku jenis yang gelojoh sikit kan, aku hentam baju yang dah siap. mama cakap beli ja baju siap. jimat masa. aku, tak kisah. jangan tak belikan baju sudah la. and paling penting, baju yang siap pun, kena lah cantik jugak. kalau tak cantik tak mau lah. banyak gila barang aku tak beli lagi ni. kasut pun rasanya nak jugak sepasang dua, tudung aku nak lagi 5-6 helai. t-shirt pun nak jugak. kalau nak beli barang barang ni semua rasanya kena keluar dari awal pagi. and aku dah nak pilih cadar untuk bawak sana, cik an cakap dia pun dah beli. aku nak pilih pun segan gilos sebab ada akak salesgirl tu dok tengok aku. aku cukup tak selesa kalau nak shopping, orang dok ikut belakang. aku tak ada niat sikit pun nak mencuri. so aku bagitau mama aku tak mau beli lagi. susah la nak pilih macam tu. and aku masih lagi menunggu bila mama nak tunaikan janji beli handphone baru. aku tak nak samsung galaxy segala bagai tu. aku tak familiar dengan samsung. just give me lumia. ya, lumia.

dear lumia,
come to mama..

aku tak materialistik kan.?