Friday, July 18, 2014

Test from Him

Assalamualaikum,

Aku nak petik apa yang Mufti Menk cakap, 
'Malaysians are being tested in a great way. Special prayers, deepest condolences and sympathiest to the Nation of Love.Sad crash of MH17'
Betul. Macam macam benda yang pelik pelik jadi dekat Malaysia. Sebelum ni Sultan Sulu sibuk nak ambik Sabah, berperang dekat Lahad Datu sana. Lepas tu, kapal terbang MAS MH370 hilang. Sampai hari ni tak jumpa jumpa. Aku masih mengharapkan keajaiban, macam macam teori muncul. Lautan Hindi, Teluk Benggala and macam macam lagi termasuk kena tawan pun ada. Segala macam tempat yang tak pernah wujud dalam peta hidup aku sebelum ni pun tiba tiba wujud. Aku ingat lagi, 8 Mac 2014. MH370 hilang. Sejak timbul kes ni, aku banyak search and google sana sini and macam macam istilah dalam dunia penerbangan pun aku boleh tahu. And kalau betul MH370 kena tawan, aku harap semua masih selamat.

Then, reda sikit isu MH370, timbul balik kes pencerobohan dekat Sabah. Yang ini aku tak tahu sangat and aku pun bukanlah orang yang arif untuk bercakap hal ni. Cuma melalui pembacaan aku dekat Facebook, (sebab aku jarang tengok berita) dekat Sabah sekarang ada serangan gerila tentera Sulu. Astaghfirullahalazim. Sultan Sulu dah meninggal kan? Tapi tak habis habis lagi rupanya. Aku ada tengok jugak berita pegawai polis terkorban and seorang kena culik. Seriously, aku tak expect ni semua sebab lain melainkan kes biasa macam rompakan or something macam tu. Rupanya Sulu is back. Patutlah macam serius ja, nak tembak penceroboh macam yang aku terdengar dekat tv. Aku rasa aku patut lebih peka lepas ni. Surat khabar pun aku dah malas nak baca. Sebabnya dulu dekat matrik aku boleh ja survive tanpa baca paper. Berita pun aku tau dari Facebook. 

And the latest, MH17. 17 Julai 2014. Aku tahu Allah swt takkan uji hamba Nya dengan ujian yang dia sendiri tak mampu nak hadapi. Aku harap keluarga mangsa dapat bersabar, and tabah hadapi musibah ni. Mungkin ada hikmah, dalam bulan Ramadhan ni. Aku tengah seronok seronok lepas balik dari Changlun semalam. Dalam pukul 12 tengah malam aku bukak Facebook ada post tentang MH17. Aku tak tahu lagi apa pulak dah jadi kali ni. Aku scroll bawah lagi, ada post MH17 kena tembak. Terhempas dekat sempadan Ukraine-Rusia. Sedihnya, no one survive. Entah lah, dalam keadaan macam ni aku selalu imagine yang masa kapal terbang tu kena tembak, semua penumpang dengan krew kapal pakai payung terjun and lompat keluar dari kapal. Tapi bila dah tengok sendiri video, mayat sana sini, sedih aku rasa walaupun tak ada seorang pun mangsa yang aku kenal. Aku tak boleh nak cakap apa apa sebab aku sendiri tak tahu apa yang sebenarnya jadi. Aku tak tahu negara mana yang tembak. Rusia or Ukraine. Apa apa pun, Al-Fatihah.



Monday, July 14, 2014

My 2nd Semester

Assalamualaikum,
Ok, agak lama jugak masa aku amik untuk update benda alah ni sejak sejak aku dah habis belajar ni. Setahun dekat matrikulasi tak terasa pun and now I'm done with Matriculation Programme. Alhamdulillah. By the way, its Ramadhan! Tahun ni aku membalas dendam kesumat dapat bersahur, berbuka dengan family. Tahun lepas kan aku berpuasa kat sana, sedih gilos sebab sepanjang aku bersekolah dari lah prasekolah sampai lah naik sekolah menengah tak pernah pernah aku duduk asrama. So bila belajar jauh jauh, nak balik pun pikir berapa hari sangat aku boleh stay kat rumah. Walaupun aku pernah buat kerja gila balik duduk kat rumah sehari. Esok dah kena bertolak balik. Then mula lah aku berdrama menangis sambil pack baju. Well, it sounds childish but that's me.

Ok, kalau boleh aku nak story dari mula sampai habis. Insya Allah.

MUET
Ok, aku balik ke kolej awal sikit dari tarikh sepatutnya untuk MUET. Maaf kotak memory aku dah full agaknya,aku tak ingat hari apa aku ambik MUET. Tapi nak jugak lah mention kat sini, MUET stands for Malaysian University English Test. Ada 4 ujian, speaking, listening, writing and reading. Paling mendebarkan semestinya ujian Speaking. Tapi mungkin ada baiknya ujian Speaking buat lebih awal. Yang aku ingat, group speaking aku lah yang first mengikut jadual. Nak tak nak terpaksa lah aku turun bilik lebih awal dari orang lain. Sehari sebelum ujian, Sir Hassan (lecturer English aku yang sangat sangat sporting), panggil group speaking aku untuk practice speaking. Well, malu to say that at the same time ada kelas yang book Sir untuk pratice. So aku and the members terpaksa lah berlatih depan kelas tu sebelum kelas tu berlatih sendiri. Agaknya member aku ada Husin and Kevin yang highly educated and Husin pun macam cerah ja masa depan nak dapat Band 6 dalam MUET, maybe sebab tu lah kot Sir panggil group kami berlatih. Plus that we are the among the first group to be tested on the next day. Nak jugak aku mention, Sir thumbs up for my performance masa practice tu. Katanya, lontaran vokal aku lebih lantang dari biasa and content aku pun lebih banyak dari biasa. Hewhew, kebetulan lah kot aku dapat point cuti cuti Malaysia and shopping shopping. Gila tak banyak cakap? Mencurah curah idea aku macam waterfall gitu haa.

Then, untuk MUET sebelum masuk semester 2 ni, ada listening, writing, and reading. Tersangat lah sengal masa ujian listening tu. Nak cakap aku tak dengar nanti orang ingat aku pekak pulak kan. Tapi bukan aku sorang yang complain macam tu. Seriously, tak jelas. Speaker dalam dewan tu tak mampu nak memuaskan tahap pendengaran kami semua. Plus that air cond dalam dewan dah macam duduk dekat Alaska. Terketar ketar aku nak isi tempat kosong. Aku tengok Alister dah pakai sweater dalam dewan. Pengawas exam tu pun cakap kalau tak dengar angkat tangan nanti dia kuatkan speaker. Hampehh. Masa tengah exam tu dia ada tanya tau, nak kuatkan speaker tak? Semua orang termasuk aku beria ia angguk nak dia kuatkan speaker. Tapi sampai ke sudah dia tak kuatkan volume. Suka kan permainkan perasaan kami? Agaknya Band MUET batch aku ramai yang jatuh sebab ni lah kot.

Next day, hari Ahad tu sebab cuti masih berbaki sehari maka aku and the gang tak membazir masa. Fly to Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. Kali pertama aku kejar bas dalam hujan k. Ya Allah. Semua tu pengalaman. Dah basah kena hujan, naik bas kena pulak berhimpit dengan abang abang la. Aku pun tak sure aku warganegara or aku ni foreigner. Ramai sangat ni bangladesh nepal myanmar segala bagai dalam bas tu selain dari malaysians. Sorry to say abang la, I can't stand ur body odour. Dah berapa lama tak mandi ni? Sebelum tu naik bas lain terjumpa pulak makcik ni dengan sorang anak perempuan dia. Anak dia Masha Allah malu amat amat. Aku dengan yang lain try try la jugak nak beramah mesra dengan orang orang sekeliling. Sebagai kakak kakak nak jugak sembang dengan adik adik. Tapi langsung tak dilayan. Masam mencuka muka dia. Apa aku ni macam penculik bersiri kah? Agak agak lah dik, takkan akak nak culik adik depan mak adik. Akak nak makan sendiri pun tak lepas. Kalau akak culik adik, akak nak bagi adik makan apa? Ok, aku dah mula ke laut. Sudahnya, kami bersembang lah dengan mak kepada adik tu sementara nak sampai. Aku tau Umi Dayah Zaidah bengang dengan adik tu. Nasib baik aku tak kisah sangat nak bersembang dengan dia, kalau tak aku pun bengang jugak.

Semester Dua ni dengan bangganya aku bangga nak bagitau boleh dikatakan tiap tiap minggu aku outing. Isn't that something to be proud of? Biarlah aku berjalan puas puas sebelum aku balik berkurung kat rumah. Alah bukan mana pun, tiap tiap minggu pasar malam. Pasar malam, Kedai RM2, Family Store, My Best Choice, dah jadi third house aku. (sebab 2nd house aku KMM) Tak beli apa sangat, room mate aku dengan zaidah and room mate dia dayah, tak sah kalau tak makan nasi kerabu. Aku pulak sejak hujung hujung ni mula bersemangat nak diet. Aku berhenti mengkomsumsi nasik. So instead of buying the same nasi kerabu, I prefer Laksam RM 4 at the same stall. Gila tak mahal laksam dia, tengok bungkus la. Banyak gila. Aku suka pi pasar malam sebab aku jarang pi pasar malam kat sini. Aku rasa dah berpuluh tahun aku tak jejak pasar malam kodiang. Aku pun tak faham apa masalahnya. Tapi tu lah, aku sendiri tak ingat bila kali terakhir aku pi pasar malam Kodiang. What a sad life. Astaghfirullahalazim. Aku tarik balik cakap aku.

Ok. macam tak seronok kan sebab aku tak selit gambar. Ekceli aku nak selit tapi masalahnya phone ni buat hal. Kejap boleh connect kejap tak boleh connect. WTH is this?

Besok aku cuba untuk tak tidur lama lama, then aku sambung update ye. Rasanya tak lengkap kalau aku tak story habis habis sampailah ke saat terakhir aku kat KMM.

Till then, bai.

Sejak dua menjak ni aku demam Abang Zen. Demam KTAR.