Tuesday, January 19, 2016

Semester 3. Done.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah! I'm done with my Part 3. Kejap ja rasanya. Rasa macam baru semalam ja aku tarik beg, daftar masuk UiTM. Sekarang dah pun habis Part 3, semester depan dah nak buat praktikal dah.

So, entry kali ni nak story sikit lah apa aku buat sepanjang Part 3 dekat sini. Semester 3 kali ni, aku rasa semester paling berat setakat ni. Semester 1 tu aku rasa macam baru nak belajar hidup dekat kolej, semester 2 heaven gila gila (even kena repeat paper Calculus kahkah ok gelak sikit sikit cukup) and semester 3 ni wow! Aku macam kena culture shock sikit sebab sem ni aku kena hadap 4 subjek Fizik sekali. Sebab sebelum sebelum ni, kami hadap 2 subjek Fizik ja satu sem, tapi kali ni kena hadap sampai 4 subjek sekali. Tu yang berat sangat tu. Tapi tak kisahlah, sebab favourite aku paper NDT. Sebab NDT la aku boleh berjalan sampai ke Shah Alam tau. Ada rezeki boleh aku masuk bidang oil and gas nanti. Rasa macam aku dah pro dah bab bab magnetic particle ni. kahkahkah

Okay, let's get it started.

Semester 3, macam biasa setiap kali awal sem, first week and second week tu aku lah antara golongan yang sibuk susun jadual. Sebab dah terkantoi paper Calculus II, sejak dari tu jadual kelas kami dah tak sama macam orang lain. Okay apa. Best sebenarnya, tak ada lah aku nak mengadap classmates yang sama setiap kelas, setiap hari. Eh, bukan aku tak suka classmates Physics aku, aku sukaaa sangat sangat. Semua cenggini. (Double thumbs up) Tapi bila kita join kelas orang, baru lah rasa pengalaman tu. Bercampur sikit dengan budak budak luar. Macam sem lepas, kelas Economics aku join kelas budak Bio, kelas Management aku join kelas abang abang akak akak senior part 3 and kelas Calculus II aku join kelas budak Math, combine sekali dengan junior Fizik. Alah peduli hapa, bersepah lagi orang yang repeat paper Calculus. Bukan aku sorang. Aku belajar terima kegagalan, Tapi cukuplah gagal sekali. Malas nak pikiaq banyak banyak, kalau sampai kena extend semester mereput la aku sorang sorang dekat Arau.

Ok, macam aku cakap, Semester 3 ni sangatlah hmm berat! Sekali kena hadap Analog Electronics, Electrics and Magnetism, paling aku tak boleh tahan Classical Mechanics. Tapi paper Fizik yang satu ni, Physics and Non-Destructive Testing, aku sukaaa gila gilaa. Sebab aku boleh follow apa yang aku belajar and aku paham apa yang aku hadap dalam kelas tu, Well, i admit that bukannya aku boleh hadam semua 100% tapi at least aku tahu la apa sebenarnya yang kami belajar dalam kelas tu. Tapi kalau bab nak derive formula, kira itu kira ini aku mintak maaf. Aku tak hafal lah formula segala bagai tu.

Ok, so first and second week tu, macam biasa aku akan drag subjek sem depan and belajar sem ni. So cadang cadang tu nak carry Finance. Entah la, tak ada pilihan sangat dah. Sebab dah kelas semua bertindih, tinggal satu kelas ni ja yang tak bertindih, so dengan rela hatinya kami masuklah kelas senior Biology part 5. Gila, rasa gila sangat. Memang tebal muka ah nanti bila fikir nak kena join kelas budak part 5, dah la budak bio. Langsung kami tak kenal. Tapi macam sebelum ni, join kelas lain pejam mata ja, so kali ni pun kami pejam mata jugaklah. First kelas, kami masuk tunggu macam emm entah la macam apa. Sampai ke sudah kami tunggu, tak ada orang masuk pun. Pelik jugak aku, kelas ni wujud ka tak wujud. Sebab kalau student tak cukup ramai, kelas tu boleh cancel. Ok, aku balik bilik. Nasib baik ada jugak senior aku zaman sekolah menengah dulu dia pun student UiTM and dia pun Part 5. Cuma nya dia bukan student kelas yang aku nak join tu lah. Aku pun tebal muka, buat tak kisah tanya dia pakai messenger Facebook. Sebab tak ada nombor fon kan, nasib baik friends lagi dekat FB. Dia cakap budak budak part 5 ni belum balik praktikal. Week 2 baru depa balik UiTM. Ohh okayy, so aku pun relax lah. Kiranya minggu first tu memang aku tak ada kelas untuk subjek Finance tu. Tapi, ada kawan aku sorang ni, dia jumpa koordinator and at the same time, jumpa lecturer Fizik untuk subjek NDT. Depa cakap, boleh ja amik NDT sem ni. Actually NDT tu untuk sem 4. Takpalah, abaikan apa aku cakap ni so kami pun amik kelas NDT sem tu sebab jadual pun macam elok ja, tak adalah sampai ke 6.30 petang macam kelas Finance tu. Sekali lagi, we meet again akak akak abang abang part 4! Senior Part 4 ni lain sikit. Yang perempuan perghh aku rasa macam aku lah orang paling buruk di dunia bila masuk kelas NDT. Yang lelaki pulak, macam ada Laut China Selatan yang memisahkan depa dengan Dr. Jauh gila. Sebab kelas kami kelas paling hujung, belakang kelas ada toilet so Eja cakap, kalau kelas tu tak ada dinding, aku rasa sampai ke pintu toilet depa tarik kerusi and duduk situ. kahkahkah tapi Dr. relax ja mengajar kami sampai ke last chapter. Sabar banyak Dr. Hamidi ni.

Ok, then aku langsung tak faham apa aku belajar untuk kelas Elektrik and Classical. Cuma subjek Electronics ja aku slow slow catch up itu pun sebab nak kena jawab test. Kalau nak diikutkan, nak final baru aku study. Hmmphh. Tapi dalam masa sehari dua nak final, macam segala benda aku tau. hahaha tapi time final still tak boleh jawab. Aku still tak puas hati ni, asal format final paper sem ni mengarut sangat? Apa nii apa nii apa nii.

Ok, stress dah datang balik. Dah dah. Let's throwback aku punya trip NDT dekat Shah Alam. Even rasa nak pengsan buat eksperimen dari pagi sampai petang, tapi semua tu best. Pengalaman, and pengetahuan yang aku kena carry and simpan dalam kepala sampai lah ke final. Kalau tak buat eksperimen dekat sana, aku rasa kami tak boleh nak jawab soalan final. Lots of thanks dekat Dr. Hamidi sebab sanggup susah payah buat trip untuk kami. Sebenarnya tak perlu pun kan, sebab dalam syllibus pun tak ada benda benda praktikal tu semua tapi untuk pengetahuan kami, Dr. bawak kami sampai ke Shah Alam. Thanks again, Dr.

Okay, trip tu sebenarnya dalam cuti mid-sem. Itu satu ja yang aku tak best ah sebab dah tarik sikit hari cuti aku. Pagi Jumaat bertolak, last day sebelum cuti. Aku angkut beg baju dari kolej, meredah hutan rimba and ladang barulah sampai kelas. Kiranya perjalanan ke kelas hari Jumaat tu tersangatlah ekstrem. Dr, Ramani, lecturer Classical release kami awal sebab kami bagitau nak naik bas. Yang nak naik bas tu 7 orang ja, tapi sebab nak adil kan, so semua orang boleh balik awal. Aku pun, cakap lah dekat classmates aku bila habis discuss dengan Dr. Ramani. "Please thank us. Please thank us. Semua orang balik 9.30 esok!" Ok. Pagi esoknya, kami naik bas dekat Damai, bas UiTM. Pukul 10 macam tu bas sampai, actually bas lewat. Tapi sebelum Maghrib kami dah sampai dekat UiTM Shah Alam. Maaf lah, bila sampai dekat kolej yang kami stay tu, rasa bertuah sangat sebab aku further study dekat Arau. Maybe sebab kolej situ kolej lama, so lain lah kalau nak compare dengan kolej aku dekat Arau yang terchenta ni.

Malam tu, first night dekat Shah Alam, macam biasa, kami layan movie. Time tu Polis Evo tengah meletops. Kawan kawan aku yang dah tengok 2-3 kali pun sanggup nii tengok sekali lagi sebab kali ni nak tengok ramai-ramai. Ok, story pasal bilik kejap, mostly bilik situ ada 3 katil. Kami yang part 3 ni semua 7 orang. So, akan ada sorang terlebih. Mula mula masuk bilik tu, ada senior yang meletops dekat bilik depan dah panggil salah sorang daripada kami masuk bilik depa sebab tak cukup sorang. Aku dengar dan nampak, tapi aku jalan straight nak cari bilik lain yang kosong. Jahat kan aku. Yalah kan, aku tak biasa dengan depa, tetiba nak tidoq sebilik sampai 2 malam. Berat ok, berat. Tapi last last aku jugak yang tertinggal. Aku memang slow sikit bab bab ni. Depa semua dah cup bilik. Sampai sampai ja dekat pintu bilik, semua dah penuh 3 orang sebilik. Tinggal aku ja yang tak berbilik sekarang ni. So aku masuk lah bilik akak senior yang bilik dia mengadap bilik kawan kawan aku. Aku masuk ja. Rasanya dekat akak senior dua orang ni aku boleh masuk kot sebab depa takdaklah meletops sangat. Level level kami ja. Kami tak bercakap sangat, so aku masuk bilik tidoq ja lah nanti. Ok. Deal.

Malam tu, lepas mandi mandi, semua keluaq jalan kaki cari makan. Terkejut sikit tengok tempat makan dekat Shah Alam. Banyak gila gila. Tiap-tiap malam boleh try benda baru ni. Kalau nak compare dengan Arau lah, hari hari mengadap Izhaton, Chu. Chu, Izhaton. Hari yang special sikit ada kelas dekat Blok F, merasa lauk Damai pulak. Ok. Tu satu yang best dekat Shah Alam. Except for the way they treat us. Cakap elok elok la bro, tak rugi pun. Cakap kasar-kasar dengan orang, nasik yang sedap dia masak pun terus rasa tak sedap. Ok. Habis makan, balik bilik settle segala benda lepas tu aku langkah masuk bilik depan. Semua meniarap atas katil, layan Polis Evo, pukul 2 pagi jugak la baru aku balik bilik. Lepas tu aku redha ja nak cuci muka dekat toilet. Haa ni satu lagi, dari bilik nak sampai ke toilet pun, boleh sesat tau. Kona kiri, kona kanan, pening aku. Duduk dua hari dekat sana pun aku tak ingat jalan lagi. Dah 2 pagi aku baru nak pakai bedak sejuk, aku jalan keluar dari toilet pun menunduk ja lah. Kesian lah kalau ada yang histeria pulak tengok aku. Sebab ada lagi student Shah Alam yang belum balik. Aku ni considerate jugak tau.

Malam esoknya, lepas habis segala eksperimen, kami jalan jalan dekat Setia Alam City Mall. Entahla betoi ka dak nama dia weh. Aku pun baru masuk sekali. Tapi SACC Mall la (rasanya). Masuk situ just nak cari makan. Sebab terlalu letih bereksperimen, petang tu aku suggest tapau ja makan dekat bilik. Habis eksperimen tu, aku nampak katil ja. Serius penat, balik balik tu memang pengsan. Bangun solat Asar, Maghrib lepas tu baru teringat nak makan. Lepas makan dekat SACC Mall tu, kami jalan jalan. Kebanyakan barang tak boleh beli pun. Cuci mata ja lah yang mampu. Tapi masuk satu kedai ni. baju dia semua harga RM10. Mula mula aku beli sehelai ja untuk i'ah. Tetiba tengok baju adults pun RM10. Aku pun hentam ah tambah lagi 3 pasang. Pilih baju sampai kedai nak tutup weh. Lepas tu kelam kabut cari pintu keluar sampai tersesat. Kami orang last naik bas. Malu ah!

Akhir kata, nikmatilah gambar gambar di bawah! Moga-moga feel NDT tu sampai kat hampa!
Group aku kena buat Magnetic Particle actually.
Saja kacau group lain, ajak selfie bagai.

Sebenarnya background tu takdak kaitan pun
dengan eksperimen kami. 

Ini bukan group aku!
Btw depa buat Liquid Penetrant. 

Fefeeling sikit sebab ada orang nyanyi lagu 
Hyperact dekat sebelah sana. 

Aku taktau dekat mana tapi area ni la.
Ada live show. Maybe Roni?
Entah la sebab aku dengaq lagu ja.
 
Ok. Ni haa tarikan dia dekat SACC Mall.
Sekali dengan aku tertarik.

Ok. Sebab aku excited sangat dengan trip ni, aku dah skip story lain. Aku akan update lain untuk next entry. (tengok dulu mood rajin macam ni mai lagi) Okay Baiii!

p/s: Ok. Ekceli baru sedaq setiap paragraph baru aku akan mula dengan "Okay." 
Oklah bye!

No comments:

Post a Comment