Aku nak petik apa yang Mufti Menk cakap,
'Malaysians are being tested in a great way. Special prayers, deepest condolences and sympathiest to the Nation of Love.Sad crash of MH17'
Betul. Macam macam benda yang pelik pelik jadi dekat Malaysia. Sebelum ni Sultan Sulu sibuk nak ambik Sabah, berperang dekat Lahad Datu sana. Lepas tu, kapal terbang MAS MH370 hilang. Sampai hari ni tak jumpa jumpa. Aku masih mengharapkan keajaiban, macam macam teori muncul. Lautan Hindi, Teluk Benggala and macam macam lagi termasuk kena tawan pun ada. Segala macam tempat yang tak pernah wujud dalam peta hidup aku sebelum ni pun tiba tiba wujud. Aku ingat lagi, 8 Mac 2014. MH370 hilang. Sejak timbul kes ni, aku banyak search and google sana sini and macam macam istilah dalam dunia penerbangan pun aku boleh tahu. And kalau betul MH370 kena tawan, aku harap semua masih selamat.
Then, reda sikit isu MH370, timbul balik kes pencerobohan dekat Sabah. Yang ini aku tak tahu sangat and aku pun bukanlah orang yang arif untuk bercakap hal ni. Cuma melalui pembacaan aku dekat Facebook, (sebab aku jarang tengok berita) dekat Sabah sekarang ada serangan gerila tentera Sulu. Astaghfirullahalazim. Sultan Sulu dah meninggal kan? Tapi tak habis habis lagi rupanya. Aku ada tengok jugak berita pegawai polis terkorban and seorang kena culik. Seriously, aku tak expect ni semua sebab lain melainkan kes biasa macam rompakan or something macam tu. Rupanya Sulu is back. Patutlah macam serius ja, nak tembak penceroboh macam yang aku terdengar dekat tv. Aku rasa aku patut lebih peka lepas ni. Surat khabar pun aku dah malas nak baca. Sebabnya dulu dekat matrik aku boleh ja survive tanpa baca paper. Berita pun aku tau dari Facebook.
And the latest, MH17. 17 Julai 2014. Aku tahu Allah swt takkan uji hamba Nya dengan ujian yang dia sendiri tak mampu nak hadapi. Aku harap keluarga mangsa dapat bersabar, and tabah hadapi musibah ni. Mungkin ada hikmah, dalam bulan Ramadhan ni. Aku tengah seronok seronok lepas balik dari Changlun semalam. Dalam pukul 12 tengah malam aku bukak Facebook ada post tentang MH17. Aku tak tahu lagi apa pulak dah jadi kali ni. Aku scroll bawah lagi, ada post MH17 kena tembak. Terhempas dekat sempadan Ukraine-Rusia. Sedihnya, no one survive. Entah lah, dalam keadaan macam ni aku selalu imagine yang masa kapal terbang tu kena tembak, semua penumpang dengan krew kapal pakai payung terjun and lompat keluar dari kapal. Tapi bila dah tengok sendiri video, mayat sana sini, sedih aku rasa walaupun tak ada seorang pun mangsa yang aku kenal. Aku tak boleh nak cakap apa apa sebab aku sendiri tak tahu apa yang sebenarnya jadi. Aku tak tahu negara mana yang tembak. Rusia or Ukraine. Apa apa pun, Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment